Skip to main content

Hiburan

Musa Exists Perjelas Ketiadaan Mamat Pada Konsert ‘The Greatest Hits’ - “Ketiadaan Dia Adalah Kerana…”

Musa Exists Perjelas Ketiadaan Mamat Pada Konsert ‘The Greatest Hits’ - “Ketiadaan Dia Adalah Kerana…”

Sekilas

  • Pemain bass Exists, Musa Radhi, jelaskan ketiadaan vokalis Mamat dalam konsert Slam x Exists: The Greatest Hits yang akan berlangsung pada Mei tahun depan.
  • Mamat tidak terlibat dalam konsert Slam x Exists sebelum ini dan dianggap sebagai 'peluru simpanan' untuk projek-projek akan datang.
  • Konsert kolaborasi Slam dan Exists akan diadakan di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2027 dengan tiket dijual mulai 1 Disember 2026.
Advertisement

Pemain bass Exists, Musa Radhi tampil menjelaskan ketiadaan vokalis kumpulan mereka iaitu Mamat bersempena konsert Slam x Exists: The Greatest Hits yang bakal berlangsung Mei tahun hadapan.

Menurut Musa, ketiadaan Mamat bukanlah satu perkara yang baharu memandangkan vokalis asal Exists itu tidak terlibat dengan dua edisi konsert mereka bersama Slam di Singapura dan Kuala Lumpur sebelum ini.

Advertisement

Malah, Musa memaklumkan ini juga merupakan salah satu ‘peluru’ yang mereka simpan buat peminat bagi projek-projek yang berikutnya.

“Ketiadaan Mamat adalah kerana edisi sebelum ini (Slam x Exists) di Kuala Lumpur dan Singapura pun Mamat tiada. Jadi, kita teruskan lagi dengan perancangan yang sama kali ni.

“Untuk Mamat pula, dia seperti kad yang kita tak boleh buka semua kad, dan menjadi salah satu kad yang ‘tersimpan’ untuk Exists. Kami juga ibaratkan dia sebagai satu peluru yang kami simpan.

Advertisement

“Jadi mungkin ada projek yang lain kita akan ada variasi yang lebih berbeza supaya peminat akan rasa Exists sentiasa ada pembaharuan dalam membuat persembahan,” katanya kepada Gempak.

Musa berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Slam x Exists: The Greatest Hits di A Quiet Place 3-in-1 Karaoke @ Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bercerita lanjut, Musa yakin bahawa Mamat memahami dengan situasi tersebut memandangkan perbincangan sudah dilakukan lebih awal.

“Kalau boleh, kita memang akan libatkan dia dalam mana-mana projek tapi bila berlaku situasi begini dia faham. Dari peringkat awal pun kita dah bincang mengenai perkara ini.

“Selepas ini kita akan cuba memastikan dia terlibat dengan mana-mana projek sebanyak yang boleh. Seperti situasi ini, meskipun dia tidak terlibat tetapi dia tidak akan sertai kita dengan projek selepas ini seperti ‘annual dinner’ dan sebagainya.

“Kita juga dah rancang dua atau tiga prohek bersama dengan Mamat,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Exists akan bergabung tenaga dengan kumpulan Slam demi menjayakan konsert kolaborasi kedua mereka yang diberi nama Slam x Exists: The Greatest Hits yang akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei tahun hadapan.

Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sejarah baharu ini, tiket konsert ditawarkan pada harga RM228 (Gerimis Mengundang), RM288 (Nur Kasih), RM368 (Mencari Alasan), RM388 (Kembali Terjalin), RM428 (Langkah Seiringan), RM488 (Seperti Dulu) dan RM5,000 (Icon Sofa).

Jualan tiket akan mula dibuka pada Selasa, 1 Disember 2026 pukul 3 petang menerusi laman web rasmi di www.ticket2u.com.my/slamexists.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement