Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pernah Tak Kereta Anda Tersengguk-Sengguk Ketika Pedal Minyak Ditekan? Ini Sebabnya…

Izwan Isa
10/07/2023 13:50 MYT
Sebagai pemilik kereta, pasti anda pernah mengalami situasi di mana kenderaan anda tersengguk-sengguk ketika pedal minyak ditekan.

Namun, apakah penyebab kepada masalah ini? Adakah masalah berkenaan sukar untuk diselesaikan?

Ini beberapa kemungkinan yang anda perlu tahu sebelum membawa kereta kesayangan ke bengkel berdekatan:

Mungkin spark plug rosak

Spark plug atau palam pencucuh yang sudah rosak mungkin menjadi punca mengapa kereta anda tersengguk-sengguk ketika pedal minyak ditekan. Hal ini disebabkan percikan (spark) yang terhasil semakin lemah dah menyebabkan pembakaran udara atau bahan api menjadi tidak sempurna.

Mungkin penapis bahan api tersumbat

Apabila kita menggunakan fuel filter atau penabis bahan api terlalu lama, ia boleh mendatangkan masalah memandangkan penapis ini boleh tersumbat dan sekaligus mengakibatkan masalah kereta semput.

Mungkin fuel injector gagal berfungsi

Salah satu sebab kenapa kereta anda tersengguk-sengguk adalah kerana fuel injector yang sudah kotor, tersumbat dan kesukaran injector itu sendiri untuk dibuka dan ditutup.

Mungkin ada masalah pada distributor

Masalah ini sering berlaku tanpa mengira sama ada ia adalah distributor mekanikal mahupun elektronik.

Mungkin air filter tersumbat

Air filter yang digunakan terlalu lama boleh menyebabkan ia tersumbat. Keadaan ini juga menyebabkan berlakunya peningkatan pada penggunaan bahan api.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta... Tak Payah Belanja Mahal Pun!

BACA: Ini Senarai Nombor Plat Paling Mahal Di Malaysia, Dengar Cerita Ada Yang Cecah RM12 Juta

#Kereta Semput
;