Umum mengetahui nombor pendaftaran kenderaan yang unik sering menjadi tumpuan pengguna.

Bahkan, nombor plat unik ini sering menjadi buruan sehingga ada yang sanggup berhabis sehingga ratusan ribu ringgit demi memiliki nombor masing-masing.

Justeru, tidak hairan jika siri nombor pendaftaran kenderaan FF yang diumumkan pada Mac lalu meraih nilai bidaan tertinggi berbanding siri nombor pendaftaran unik sebelum ini.

BACA: Nombor Plat FF8 Dibeli Pada Harga Tertinggi RM950,000, FF199 Terima Bidaan Terbanyak

Memetik kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, nombor plat dengan harga tertinggi daripada siri FF pada masa pengumuman keputusan awalnya ialah 'FF8' yang meraih bidaan sehingga RM950,000.

Selain itu, nombor plat 'FF1' mengungguli bidaan kemenangan sebanyak RM1.2 juta daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sekali gus menjadikan jumlah hasil kutipan daripada siri nombor plat FF sebanyak RM35.4 juta.

Sebelum ini, Sultan Johor juga telah berjaya membida plat ‘F1’ dengan harga RM836,000, yang dipasangkan pada Proton Perdana. Jumlah tersebut kemudiannya ditambah dengan jumlah RM989,780 untuk plat ‘V1’, juga oleh Sultan Ibrahim.

BACA: Opai Nafi Dihubungi JPJ, Jelas Nombor Plat Fancy Pakai Masa Kahwin - "Tak Guna Atas Jalan Pun"

Satu catatan di kumpulan Facebook Rasmi eBid Info JPJ menyusun senarai nombor plat paling mahal di Malaysia, yang sebelum ini didahului oleh plat 'Malaysia 1' yang bernilai RM1,111,111, sebagai sebahagian daripada siri nombor plat yang mengumpul lebih banyak daripada RM13 juta.

Nombor plat ‘FF1’ mendahului senarai itu sekarang dengan jumlah RM1.2 juta yang. Berikut adalah senarai 20 nombor plat paling mahal setakat ini di Malaysia:

1.FF1: RM1.2 juta
2. Malaysia1: RM1,111,111
3. V1 : RM990,000
4. FF8 : RM950,000
5. FF9 : RM911,999
6. V9 : RM899,800
7. V8 : RM880,000
8. V7 : RM877,800
9. F1 : RM836,660
10. VV1 : RM826,100
11. W1N : RM748,000
12. V2 : RM700,000
13. V3 : RM660,000
14. FB1 : RM660,000
15. FF3 : RM639,000
16. FF2 : RM638,000
17. FF7 : RM633,000
18. Malaysia8 : RM618,000
19. V5 : RM599,000
20. WWW1 : RM520,000

Senarai ini hanya termasuk nombor dalam senarai tawaran rasmi JPJ, oleh itu, ia tidak termasuk nombor plat khas seperti PATRIOT, XX dan PERFECT.

Sumber: Paultan