Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pernah Terkesan Dengan Komen Negatif Di Sosial Media, Fazura Akui Kini Lebih Kuat - “Alhamdulillah…”

Umirah Halim
07/11/2024 23:55 MYT

Pelakon dan penyanyi Fazura akui pernah terkesan dengan komen negatif yang diterima di sosial media.

Lebih kuat

Bagaimanapun, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin memberitahu pada ketika ini dia lebih cekal untuk menerima komen negatif daripada netizen.

“Pasti, tapi sekarang tidak lagi. Lebih kuat alhamdulillah,” ujarnya ketika menjawab soalan adakah pernah terkesan dengan komen negatif yang diterima di sosial media.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Fazura menerusi satu permainan ‘Ya atau Tidak’ bersama Sea Today News.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Harap Dia Nyanyi Seperti Kris Dayanti, Tapi Dalam Tone Yang Betul” - Rashidi Ishak Cadang Fazura Cari Guru Vokal, Nyanyian Boleh Diperbaiki

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Dikritik Netizen, Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura - “Korang Maki Dapat Apa? Istighfar Banyak-Banyak”

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil - “Umur 11,12 Tahun Saya Dah Boleh Tulis Lirik…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Baru Sahaja Bercerai Sebulan Lalu, Tetapi Saya Tidak Menyesal” - Fazura

Terdahulu, Fazura tampil membuat penampilan sulung buat pertama kali dalam sebuah program bual bicara Indonesia selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin 7 Oktober lalu.

Fazura muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

Sumber: Sea Today News

#Fazura #Netizen #Kuat #Komen #Negatif #Terima
;