Lagu Bidadari Syurga nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza semakin mendapat tempat di hati pendengar.

Buktinya, single tersebut telah banyak dinyanyikan semula atau dibuat ‘cover’ oleh kebanyakan peminat tanpa mengira umur.

Namun, antara yang paling menarik perhatian adalah nyanyian daripada seorang remaja orang kelainan upaya (OKU).

Dikenali sebagai Suhaila, remaja ini merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khas Setapak.

Video dia menyanyikan lagu Bibadari Syurgamu itu menjadi viral apabila dimuat baik di saluran YouTube cikgunya.

Tambah manis, persembahan pelajar itu telah mendapat perhatian penyanyi asalnya apabila Siti memberi respon menerusi satu posting. di Twitter.

“MasyaAllah kurniaan Istimewa” balas Siti di Twitter.

Sementara itu, rata-rata netizen tersentuh dengan nyanyian adik Suhaila apabila dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik.

“Merdua dan syahdu, memang adiklah bidadari syurga,” kat seorang pengguna di YouTube.

“Allahuakhbar, merdu suara insan istimewa ini,” kata seorang lagi pengguna YouTube.

Anda boleh lihat video penuh di bawah.