Laman Utama

“Persoal Kenapa Nak Raya Dengan Ex, Hello Tak Nampak Ke Anak-Anak?” - Abby Jelas Sebab Beraya Bersama Keluarga Norman, Elak Fitnah

Mya Amri
09/05/2022
13:45 MYT
Sambutan hari raya keluarga besar pelakon Abby Abadi bersama bekas suaminya, Norman Hakim menjadi perhatian netizen.
Nampaknya ada juga yang meluahkan rasa kuranh senang melihat keakraban hubungan ukhwah di antara Abby, suaminya, Faizal, Norman dan juga isterinya aktres Memey Suhaiza.
Abby bagaimanapun tampil memberikan penjelasan menerusi hantaran terbaharu di Instagram berkenaan perkara tersebut.
Menurut Abby, dia tidak mahu ada pihak yang salah anggap dan membuat andaian sendiri hingga boleh menimbulkan fitnah terhadap keluarga bahagia mereka.
“Sambung video raya pertama hari itu dengan sedikit cerita supaya tidak ada yang iri dan berkata yang tidak-tidak ya. Dah 2022 dah ni… Tolong ubah mentaliti.
“Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala.
“Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis… Kenapa mesti nak raya sama-sama?Keluarga sendiri kan ada?
“Kenapa begitu kenapa begini… Banyak pula persoalan ya? Baik pun dicari-cari pulak salah. Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya?” coretnya.
Malah Abby juga mendedahkan sebelum ini terdapat juga selebriti yang mempersoalkan keakraban keluarga mereka.
“Tahun sebelum ni ada artis persoalkan kenapa mesti nk raya dengan EX.. bla bla bla.. Halluu! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu?
“Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun dah macam ni. Memang kemana-mana pun plan sama-sama sebab anak-anak ramai, bincang supaya semua dapat bersama. Apa yang jadi masalah sangat tu?” tulisnya.
Abby juga berharap semoga dengan penjelasan tersebut, tiada lagi persoalan atau sangkaan negatif terhadap mereka dan hanya doa yang baik-baik sahaja diberikan selepas ini.
“Lebih tragis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman… Aiyoo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah tu.
“Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redhaNYA.
“Doakan kita dan kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke syurga FirdausiNYA. Buat baik dan berbaik-baik. Allah lah sebaik-baik penilai,” jelasnya.
Abby dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 namun jodoh mereka tidak panjang.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 19, Marissa Dania Hakim, 17 dan Maria Danisha Hakim, 14.
Abby kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faizal pada tahun 2015 dan bahagia dengan suaminya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Ada Sentuhan Atau Aksi Bukan-Bukan” - Abby Abadi

gempak
25/07/2024
02:08 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dirinya kelihatan menggeletis dengan aktor, Aeril Zafrel.
Hiburan

"Saya Harap Dia Istiqamah" - Norman Hakim Tumpang Gembira Abby Abadi Makin Kurus, Sempat Kongsi Tips 'Eat Clean'!

gempak
18/07/2024
05:55 MYT
Aktor Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap bekas isterinya yang juga pelakon, Abby Abadi berhubung imej terkini Abby yang semakin kurus.
Hiburan

Menantu Dalam Mimpi… Abby Abadi Kongsi Momen Bekas Teman Lelaki Marissa Dania? Netizen Cakap Handsome & Sopan

gempak
14/07/2024
07:55 MYT
Menerusi muat naik di Instagram (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkongsi sebuah video yang memaparkan seorang jejaka dipercayai bekas teman lelaki anak perempuannya, Marissa Dania.
Hiburan

Norman Hakim Sampai Jilat Pinggan Makan Masakan Isteri, Netizen Pula Minta Memey Suhaiza Buka Kedai – “Sedap Sangat Tu”

gempak
10/07/2024
09:41 MYT
Perkongsian pelakon Memey Suhaiza mencuri perhatian apabila menyediakan juadah makan malam kepada suaminya yang juga aktor, Norman Hakim, baru-baru ini.
Gaya Hidup

REDLINE Fitness Games Kini Kembali, Norman Hakim & Danish Antara Peserta Bakal Berentap!

gempak
09/07/2024
18:25 MYT
Selepas mencipta kejayaan tahun lalu, REDLINE Fitness Games sekali lagi bakal memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan buat peminat kecergasan menerusi semangat pertandingan.