Berita
“Pertama Kali Bawa Motor Besar”- Kekok, Demi Penggambaran Ezzaty Abdullah Beranikan Diri…
Meskipun kekok dan gementar, pelakon Ezzaty Abdullah memberanikan diri untuk menunggang sebuah motorsikal yang disifatkan lebih besar dari biasa.
Menurut Ezzaty, dia tetap mahu melakukannya sendiri demi menjayakan penggambaran.
“Pertama kali bawak motor besar. Seumur hidup pernah la bawa motor biasa dan scooter biasa itu pun dua tahun sekali je kot sebab kena bawak untuk shooting.
“Tiba-tiba kali ni kena bawa motor besar sikit. Korang tengok sendiri la macam mana kekok teruk nak start bawak. tapi bila dah dapat bawa 3 round kite pergi.
“Jadi lepas ni nak try bawak Harley pulak lah,” katanya berseloroh.
Isteri kepada Azwan Kombo situ berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rakaman video sewaktu cuba membonceng motorsikal jenis Honda.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut berdebar melihat aksinya.
“Rasa takut pula tengok...,” kata salah seorang pengikutnya yang bimbang.
“Aduuu motor besar dari tuan...", komen salah seorang warga maya.
“Kamu boleh buat!” komen peminatnya yang beri kata-kata semangat.
Difahamkan, Ezzaty kini menjalani penggembaran drama The Maid bersama pelakon lain termasuk Mira Filzah, Norman Hakim dan ramai lagi.
Must-Watch Video