Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

Muhammad Firdaus
27/06/2024 11:55 MYT
Pelakon Farid Kamil menceritakan pengalamannya pertama kali bekerjasama bersama isteri, Diana Danielle dalam satu filem berjudul Baran.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, mengakui kerjasama itu agak sukar dilakukan kerana perlu sentiasa menjaga hati masing-masing menerusi watak yang dijayakan.

"Itu kira pengalaman baru buat saya berlakon dengan isteri, pada mulanya memang saya teruja sebab saya fikir senang sebab call time lebih kurang dan lokasi semua sama.

"Sebab tu saya ingatkan macam mudah kerja saya, tapi bila mula rehearsal dan dia (Diana) mula in character dan saya pun sama, ia jadi susah dari segi menjaga perasaan dia ketika itu sebab tak mahu terbawa-bawa dalam kehidupan peribadi," katanya ketika ditemui Gempak.

Suka Bekerja Bersama

Walaupun begitu, Farid tidak menafikan ccabaran tersebut membuatkan dirinya suka untuk terus bekerja dengan Diana.

BERITA TRENDING: "Duit Raya Seringgit Ke, Seratus Ringgit Ke, Enjoy Je Lah!" - Diana Danielle

"Ia merupakan pengalaman yang baik dan akhirnya saya jatuh suka untuk bekerjasama dengan dia lagi. Mula-mula kita hanya expect perkara-perkara seronok tapi bila masing-masing dah dalam karakter baru lah saya dapat tau cabarannya," kongsinya.

BERITA TRENDING: Farid Kamil Sedang Nikmati Kebahagian, Akui Badan Semakin Berisi - “Ini Kali Pertama Berat Saya Mencecah Sebanyak…”

Dalam perkembangan lain, Farid Kamil bakal membintangi filem aksi sukan berjudul Gold arahan Adrian Teh.

BERITA TRENDING:Ini Sebab Kenapa Farid Kamil Mahu Anak-Anak Aktif Sukan Sejak Usia Kecil

Filem Gold merupakan terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment .

BERITA TRENDING: #Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"

Saksikan Gold di pawagam 11 Julai ini di seluruh Malaysia.
#pelakon #Filem #Diana Danielle #Farid Kamil #Suami #Isteri #hiburan #Kerja #Gold