Laman Utama

Pertama Kali Datang Kuching, Bintang K-Pop, Rain Jatuh Cinta Pada Laksa Sarawak!

gempak
Syafiqah Jalal
06/08/2023
02:40 MYT
Sponsor Banner
Pertama Kali Datang Kuching, Bintang K-Pop, Rain Jatuh Cinta Pada Laksa Sarawak!
Bintang K-Pop, Rain, menerima sambutan luar biasa daripada peminat ketika berada di Old Court House, Kuching pada Jumaat.
Rain atau nama penuhnya Jung Ji Hoon berada di negeri itu sempena Festival Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023 pada 2 hingga 4 Ogos serta menghadiri malam gala AIFFA di Hotel Pullman Kuching.
Dalam sebuah video tular di media sosial, superstar berusia 41 tahun ini memaklumkan jatuh cinta dengan keenakan makanan di negeri itu.
"Ini kali pertama saya (di sini). Saya sangat suka Kuching, ia seperti syurga, terdapat makanan yang lazat dan ia sebuah bandar yang indah. Saya suka Kuching," katanya yang mendapat sorakan peminat selepas itu.
Rain merupakan salah satu bintang terbesar dunia K-Pop yang mempunyai ramai peminat di Korea Selatan, Asia dan seluruh dunia turut memaklumkan dia menggemari Laksa Sarawak.
“Kegemaran saya ialah laksa. Semalam saya makan laksa dan uhm… dim sum?” katanya.
Penyanyi yang menghasilkan album pertama berjudul Bad Guy pada 2002 itu juga sempat menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu antaranya "Apa khabar?" dan "Saya sayang kamu".
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024