Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Dr. Harlina Mohd Yunos menyifatkan proses bersalin bayi kembarnya baru-baru ini seperti bulan madu.

Mana tidaknya, sejak mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu, itu menjadi detik pertama mereka meninggalkan anak-anak mereka dalam tempoh yang lama.

"Sudah seminggu saya melahirkan anak kembar, sepanjang 7 hari, 5 hari kami berada di hospital.

"Suami saya datang menemankan saya setiap malam sebab saya mengada, saja nak manja-manja dan perlukan bantuan.

"Ia rasa seperti bulan madu kepada kami kecuali lokasinya di hospital dengan kesan jahitan pembedahan caeser dan suami saya tidur di tilam sofa," tulisnya menerusi Instagramnya.

Kata Dr. Halina lagi, sejak berkahwin mereka sentiasa pastikan anak-anak berada di samping mereka.

"Sejak kami berkahwin sudah 10 tahun, kami tak pernah tinggalkan anak-anak kami.

"Kami akan pastikan salah seorang daripada kami akan bersama mereka jika ada antara kami yang perlu berjauhan dalam tempoh yang lama.

"Jadi, inilah kali pertama anak-anak tinggal bersama TokYah.

"Adalah rasa seperti pengantin baru di situ dan ketika membawa pulang dua kembar untuk bertemu lagi empat, rasanya seperti membuka lembaran baharu dalam hidup kami," tambahnya.

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)


Pasangan itu baru menimang sepasang cahaya mata kembar lelaki dan perempuan pada Ahad lalu yang dilahirkan selang seminit.

Dr. Sheikh Muszaphar, 48, dan Dr.Halina, 39, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9, Sophea Natasha, 7, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun.