Pelakon Datin Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hati selepas kerajaan bertindak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

PKPB akan bermula jam 12.01 tengah malam, mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober.

Kata Diana, dia berasa tidak adil kerana perkara tersebut diberitahu di saat akhir.

"Kenapa tak boleh bagitahu CMCO ni 2-3 hari sebelumnya? Kenapa sehari ja? Ini sama sekali tidak adil.

"Kelam kabut tak memasal kerana anda tidak dapat gauge untuk beberapa hari lagi! Bukankah itu jelas?

"Sudah jelas bagi kita dalam seminggu yang lalu apa yang akan ditimbulkannya," tulisnya.



Sementara itu, isteri kepada aktor Datuk Farid Kamil mempunyai alasan kukuh untuk berasa panik kerana dia kini berada di luar Kuala Lumpur.

"Hahahahaa masa MCO kitaorang tinggal Kuala Lumpur ja sepanjang 3 hingga 4 bulan tu.

"Yang lari orang lain, yang kena org lain. Salah tembak ni. Dan saya tidak berada di Kuala Lumpur sejak 3 hari yang lalu, bahkan sebelum pengumuman CMCO.

"Oleh itu, saya mempunyai sebab untuk panik. Don’t trash your assumptions to me lol," tulisnya lagi di laman Twitter semalam.

Dia buat macam surprise harijadi je kan nyah

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on


Tindakan ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkongsi di Instagram (IG)nya telah mengundang kecaman daripada pengikut yang tidak bersetuju dengan luahannya itu.