Ujian saringan atau swab test pada bahagian mulut dan hidung pastinya dianggap perit bagi sesetengah individu.

Tambahan pula, keadah ini memaksa petugas untuk mencalit jauh di bahagian rongga hidung dan mulut.

Berita baik buat semua, Thailand dikatakan telah menemui jalan penyelesaian lebih mudah dan selesa iaitu menerusi calitan peluh di bahagian ketiak.

Menerusi laporan CNA, penyelidik di Thailand percaya peluh pada ketiak pesakit Covid mempunyai cecair unik berbanding lain.

Susulan itu, usaha untuk mencipta alat ujian saringan itu sedang giat dijalankan.

Menurut data awal yang diperoleh, alat berkenaan mampu mengesan hingga 95 peratus ketepatan pesakit Covid-19.

Kadar ketepatan ini pastinya bakal meningkat apabila alat tersebut telah sedia sepenuhnya untuk dipasarkan.

Malah, kehadiran alat ini pasti memberi sinar buat mereka yang kerap membuat saringan dan pada masa sama membenci kaedah ujian mulut dan hidung.

Selain itu, keadah melalui ketiak juga dikatakan lebih pantas berbanding ujian saringan sebelum ini.

Sekadar info, China sebelum ini turut memulakan ujian calitan di dubur untuk menguji mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi Covid-19.

Doktor mengatakan bahawa prosedur itu lebih berkesan untuk mengesan virus berkenaan.

BACA : COVID-19: Calitan Di Dubur Didakwa Lebih Tepat

Sumber : CNA