Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pesawat Terhempas Di Nepal, 22 Mangsa Ditemui

Gempak
24/07/2024 09:46 MYT
Sejumlah 22 mangsa selepas sebuah pesawat yang membawa mereka terhempas di Nepal pada Rabu telah ditemukan, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Kathmandu Post.

25 Mangsa Ditemui

Pesawat yang dimiliki oleh Saurya Airlines terhempas semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu.

Jurucakap TIA, Premnath Thakur berkata insiden berlaku sekitar jam 11 pagi waktu tempatan (0515GMT).
Antara 23 orang di dalam pesawat itu termasuk kru, dan pesawat itu dilaporkan sedang dalam perjalanan ke bandar Pokhara di tengah Nepal.

BERITA TRENDING:Bapa Kejut Bangun 3 Pagi Setiap Hari Untuk Belajar, Pelajar STPM Ini Raih Keputusan Cemerlang

BERITA TRENDING:Lebih 1,000 Kawasan Lembah Klang Terjejas Gangguan Air

​BERITA TRENDING:Disangka Hilang, Budak 10 Tahun Rupanya Berjalan Ke Pusat Beli Belah

BERITA TRENDING:Leo Jia Hui Ditemui Selamat!

Terbaharu, seorang penumpang dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan di lokasi kemalangan.

Sumber: AWANI

#Kemalangan #Berita #Nepal #Pesawat #Insiden #Terhempas #Kejadian