Seorang wanita pengsan selepas diumumkan sebagai pemenang loteri Powerball First Millionaire of the Year Drawing yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Pamela Brandshow pengsan selepas diumumkan sebagai pemenang utama permainan loteri tersebut oleh hos terkenal Ryan Seacrest pada malam tahun baharu 2024. Wanita itu memenangi sebanyak RM4.59 juta ($1 juta) sebagai ganjaran loteri tersebut.

BERITA TRENDING: Lelaki Stress Menang Loteri RM14 Juta, Duit Belum Dapat, Orang Cari Minta Pertolongan

“Tahniah anda sekarang seorang jutawan,” umum Seacrest sebelum Brandshow pengsan dan bangun lalu mencium hos tersebut.

Insiden tersebut disaksikan penonton dan menjadi viral di media sosial, lapor US Magazine.

Sementara itu Bradshow yang menemui tuah selepas mencuba buat kali kedua dalam permainan tersebut telah diterbangkan dengan kelas VIP dari tempat asalnya, Carolina Utara ke New York.

BERITA TRENDING: Akibat Promosi, Menganjur ‘Scam Loteri’, Kim Kardashain & Scott Disick Bakal Disaman RM181 Juta?

Dia menjadi salah seorang daripada lima peserta dari seluruh negara untuk memenangi RM4.59 juta tersebut

“Saya menangis apabila dapat menaiki kapal terbang kerana ia pengalaman pertama (menaiki kapal terbang). Saya dapat ke New York dan ini pengalaman yang sangat menakjubkan,” katanya.

Bradshow merancang mahu membeli rumah dan membuat dia berasa selamat dengan duit kemenangan itu.