Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Petaling Street Adalah 10 Jalan Paling Menarik Di Dunia, High Street, Melbourne No. 1

Maliah Surip
18/03/2024 12:48 MYT
Sebagai warganegara Malaysia, nama Petaling Street mungkin tidak asing, malah ramai yang sudah menjejakkan kaki ke kawasan yang padat dengan pelbagai jualan di jalanan.

Jika sudah ada dalam kalangan kita yang pernah menjejaki Petaling Street, silalah berbangga kerana jalan ini disifatkan sebagai 10 Jalan Paling Menarik Di Dunia 2024 oleh syarikat media global, Time Out, lapor CNN.

BERITA TRENDING: Malaysia Negara Ketiga Di Asia Tenggara Paling Ramai Single!

Petaling Street digambarkan sebagai memenuhi ciri antara budaya dan warisan dengan kuil yang terbina serta pilihan kulinari menarik yang ada di sepanjang jalan.

Untuk semua perkara menarik yang ditawarkan di Petaling Street, Time Out meletakkan ia di posisi keenam jalan paling menarik di dunia pada tahun ini.

Sementara itu, High Street yang terletak di Melbourne, Australia berada pada kedudukan pertama jalan paling menarik di dunia 2024. Jalanan ini disifatkan mempunyai beragam pilihan seperti hiburan malam, kulinari, butik dan pertunjukan muzik jalanan yang menarik.

Selain High Street dan Petaling Jaya, antara lapan jalan lain di seluruh dunia yang dinobatkan masuk 10 terbaik 2024 termasuklah Hollywood Road, Hong Kong (nombor dua) dan East Eleventh, Austin, Texas (nombor tiga).

Guatemala Street di Buenos Aires, Argentina yang memiliki dua restoran dengan anugerah Michelin Guide turut berada dalam senarai.

Ada juga Rua da Boavista, Lisbon, di Portugal dan Arnaldo Quintela di Rio de Janeiro, Brazil serta Chazawa-dori di Tokyo, Jepun.

PILIHAN PEMBACA: Pelancong China Ini Dedah Hampir Mati Kelaparan Sebab Makanan Malaysia Tak Kena Dengan Tekak

#Viral #Gaya Hidup #Malaysia #Australia #Petaling Street