Viral

Pelancong China Ini Dedah Hampir Mati Kelaparan Sebab Makanan Malaysia Tak Kena Dengan Tekak

gempak
Izwan Isa
01/03/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Pelancong China Ini Dedah Hampir Mati Kelaparan Sebab Makanan Malaysia Tak Kena Dengan Tekak
Seorang pelancong dari China viral gara-gara kenyataan yang dibuat terhadap menu masakan yang di masak oleh peniaga-peniaga tempatan.
Menerusi satu klip video yang telah dialih bahasa, wanita itu mendakwa yang dia hampir mati kelaparan di tepi jalan disebabkan tidak lalu menjamah masakan yang dijual. “Hari pertama di Malaysia hampir mati kelaparan di tepi jalan. Ini lauk yang dihidangkan. Betul-betul tak boleh makan. Akhirnya jumpa juga satu restoran Cina.
“Influencer mana yang beritahu saya, orang Cina penuh di jalanan (Malaysia). Tak perlu cakap Bahasa Inggeris. Boleh bergerak bebas.
“Saya dari semalam selepas turun kapal terbang sehingga sekarang baru jumpa tiga hingga empat orang Cina. Selebihnya I don’t speak Chinese,” katanya.
Apabila makanan yang dipesan sampai, wanita itu mengadu menu yang dimasak kelihatan kurang menyelerakan.
“Tak lalu nak makan. Tengok sos buat saya tak selera. Asalnya nak cari restoran seafood. Tapi masalah bahasa. Ada juga guna aplikasi alih bahasa tapi bila bercakap macam ayan dan itik juga,” katanya.
Meninjau ruangan balas, ramai dalam kalangan netizen mengecam wanita tersebut dengan melabelkannya tidak pandai menyesuaikan diri di negara orang.
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: “Hari Ini Baru Aku Tahu, Isteri Aku Ni Big Superstar” - Ubai Terkesima Show Shila Amzah Full House Di Macau!

BERITA TRENDING: Gara-Gara Pegang Beg Rakan Berstatus Datin, Wanita Tempatan Ini Ditahan Di China Selama 30…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024