Pelakon Peter Davis mengakui berasa teruja ketika menerima tawaran untuk memegang watak sebagai Tuah dalam filem Jebat.

Ini kerana, menurut Peter, ia merupakan sebuah naskhah yang menuntutnya untuk melakonkan adegan aksi bersesuaian dengan statusnya yang merupakan seorang petinju.

"Sebolehnya, saya memang mahu lakonkan watak yang memerlukan saya beraksi dan bertempur kerana itulah antara kelebihan yang saya miliki.

"Bahkan, dalam filem ini saya turut diberi kebebasan untuk melakukan koreografi saya sendiri untuk melakonkan aksi bertempur.

"Jadi, ia memang sesuatu yang mengujakan memandangkan saya memang teringin buat lebih banyak babak aksi," katanya kepada Gempak.

? Jebat! A little less talk.. More action! Fuhh siapa kat sini dah tak sabar nak tengok Jebat fight dengan Tuah? Kalau korang nak ambil mood filem Jebat ni boleh la tengok Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sekarang di gempak.com/video! Nantikan filem Jebat akan datang mulai 3 September ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong . #Jebat #FilemJebat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda #TeamJebat #TeamMastura

A post shared by ?? Pistol Pete ?? (@peterhughdavis) on


Menurut Peter lagi, karya tersebut juga merupakan kerjasama sulungnya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad.

"Satu bonus buat saya apabila dapat bergandingan dengan Sharnaaz buat pertama kali.

"Dalam filem itu, memang karakter saya perlu bertempur dengannya seorang diri" katanya yang memegang watak seorang gansgter .

Jadi, bagi anda yang belum menonton filem Jebat, jangan lupa untuk menyaksikannya di Astro First menerusi saluran 480 hari ini.

BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Ia merupakan naskhah yang diangkat daripada drama bersiri popular, Bukan Kerana Aku Tak Cinta menampilkan gandingan Sharnaaz dan Nelydia selaku teraju utama.

Jika ingin mengambil 'mood' Jebat, anda juga boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

BACA: Jebat Raih RM1.3 Juta Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan, Memang Padu!