Laman Utama

“Petik Nama Saya Pergi Clubbing Itu Tuduhan Berat’ - Fazura Terkejut Tiba-Tiba ‘Nama Naik’ Didakwa Pergi Kelab

Mya Amri
05/11/2023
23:49 MYT
Pelakon, Nur Fazura tampil menjawab dakwaan sebuah kelab peminat selebriti terkenal yang memetik namanya membuka tudung dan berkunjung ke sebuah kelab malam.
Menurut Fazura, dia enggan memanjangkan isu namun terkejut selepas mengetahui namanya terpalit.
Tegas Fazura, 40, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan dirinya terpaling solehah sebaliknya memilih untuk menjadi diri sendiri.
“Sebenarnya saya tak nak ulas isu ini tetapi saya terkejut. Sebab saya manusia biasa.
“Cuma saya tak pernah sebelum ini mengatakan saya terpaling solehah. Tiada kenyataan pun sebelum ini yang saya berkata seperti itu. Saya mengaji setiap hari. Saya solat setiap hari.
“Saya sedang berusaha ke arah kebaikan dan sentiasa berusaha istiqamah,” katanya.
Fazura berkata demikian ketika majlis Ngopi Bersama Fazura yang diadakan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Tambah Fazura lagi, dia mengakui memuat naik foto memakai hoodie dan topi di media sosial namun tegasnya dakwaan pergi ke kelab itu merupakan satu tuduhan berat dan tidak benar.
“Memang saya kongsi di Instagram saya pakai hoodie, pakai topi. Tetapi nak katakan saya pergi clubbing, itu tuduhan berat. Saya tak ada pergi kelab malam.
“Saya suka muzik dan kerja kuat. Bila buat kerja dan sibuk 24 jam, kalau ada masa terluang, saya akan release tension.
“Saya suka menari dan menyanyi. Saya suka pergi karaoke dengan kawan kawan. Banyak restoran gelap dan pasang muzik.
“Tapi kita tahu, walaupun berhibur saya sentiasa ingat Allah. Tak ada la lupa Allah. Saya tahu batasan. Pergi clubbing tu wow.
Dalam pada itu, Fazura juga berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri di samping tahu menjaga batas sebagai umat Islam.
“Saya mahu jadi diri sendiri. Peminat pun tahu siapa diri saya. Saya tahu jaga batas, saya tak kacau orang.
“Saya tak pernah jatuhkan orang lain demi menaikkan diri sendiri. Doakan saya jadi muslimah yang baik. Jangan nanti daripada bertutup litup, kemudian keesokkan hari buka pula," ujarnya.
Terdahulu, nama Fazura dipetik oleh netizen selepas satu blog menyiarkan satu berita yang bertajuk, ‘Pergi Indonesia ‘Clubbing’ Buka Tudung, Pakai Hoodie Jer, Leher Semua Terdedah” – Akaun Fanatik Neelofa Sindir Aktres Mana Tu?’
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

gempak
23/07/2024
16:00 MYT
Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama internasional.