Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pilu… Pengantin Wanita Terpaksa Kahwin Bakal Bapa Mentua Sebab Calon Suami…

Izwan Isa
04/09/2023 02:50 MYT
Mungkin rasa sedih dan pilu membelenggu jiwa seorang wanita di Desa Jikotamo, Kecamatan Obi, Halmahera Selatan apabila dia dinikahkan dengan bakal bapa mentuanya sendiri lantaran kekasih hati yang menjadi calon suaminya cabut lari.

Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.

Disebabkan ketidakhadiran lelaki berkenaan, bapa kepada lelaki berkenaan mengambil tempat anaknya lalu dinikahi bersama wanita tadi.

Menerusi video yang viral di media sosial, kelihatan seorang lelaki mengenakan baju kemeja batik lengan panjang yang duduk berhadapan dengan individu yang didakwa sebagai bapa lelaki tersebut.

Video tersebut diteruskan dengan proses ijab kabul antara bapa lelaki dan wanita yang sepatutnya menjadi menantunya.

Memetik TribunNews, abang kepada wanita itu berkata, keluarganya datang ke lokasi akad nikah sebaik sahaja mendapat perkhabaran tersebut.

“Padahal para tetamu sudah datang untuk memenuhi undangan pernikahan. Keluarga lelaki itu kemudian memberitahu yang anak mereka hilang tanpa dapat dikesan,” katanya sambil memberitahu yang si adik telah menjalin hubungan cinta yang agak lama dengan pilihan hatinya.

Melanjutkan bicara, dia dan keluarganya mengalami kerugian sehingga Rp 25 juta (RM ) selepas menyiapkan majlis pernikahan berkenaan. Dia juga berasa dipergunakan dan turut malu dengan insiden yang telah berlaku.

Sumber: TribunNews

BACA: Wanita 41 Tahun Nikahi Anak Sahabatnya, Remaja 16 Tahun​

BACA: Seperti Dalam Filem, Wanita Kahwini Kekasih Yang Sedang Jalani Hukuman Penjara​

#Indonesia #Pengantin perempuan kahwin bapa mentua
;