Laman Utama

Seperti Dalam Filem, Wanita Kahwini Kekasih Yang Sedang Jalani Hukuman Penjara

gempak
Izwan Isa
15/08/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
Seperti Dalam Filem, Wanita Kahwini Kekasih Yang Sedang Jalani Hukuman Penjara
Kalau dah namanya cinta, apa pun sanggup dilakukan. Seorang wanita di Jambi, Indonesia membuktikan ikatan kasih terhadap kekasih hati dengan memutuskan untuk mengahwini lelaki yang dicintainya itu yang sedang menjalani hukuman penjara.
Berita tersebut menjadi viral selepas mereka melangsungkan majlis perkahwinan pada 4 Ogos lalu. Rakaman majlis pernikahan tersebut kemudian dikongsikan oleh akaun TikTok Eko Putra, pegawai penjara yang bertugas di sana.
Menerusi klip yang dikongsi Eko, pasangan tersebut ditemani oleh ibu bapa dan keluarga masing-masing. Sementara itu, ibu pengantin lelaki tidak dapat menahan air mata dan menangis menyaksikan perkahwinan puteranya.
“Jujur terharu pertama kali melihat pernikahan berlangsung di penjara. Tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya berkahwin di sebalik tirai besi,” katanya.
Sementara itu, Eko ketika dihubungi laman berita Wolipop berkata, dia sebaga pegawai sentiasa meliputi kegiatan yang berlaku di tempat dia betugas.
“Saya tersentuh dan membuat video karena menurut saya, itu pernikahan yang sangat jarang terjadi kerana dilakukan di saat mempelai lelakinya menjalani hukum dalam penjara,” katanya.
Dalam pada itu, Eko menambah, pesalah yang menikah itu menjalani hukuman di penjara selama 15 tahun.
Sumber: Wolipop, TikTok
BACA: Jika Ayah Kahwin Semula, Adakah Ibu Berduka Di Dalam Kubur? Ini Jawapan Buya Yahya​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live