Hiburan

"Pindah Rumah Nak Dekat Dengan Pejabat Suami" - Isteri Kekasih Fatin Afeefa Buka Mulut Lagi…

gempak
Zulaikha Yusof
03/08/2020
10:45 MYT
Sponsor Banner
"Pindah Rumah Nak Dekat Dengan Pejabat Suami" - Isteri Kekasih Fatin Afeefa Buka Mulut Lagi…
Isteri kepada kekasih Fatin Afeefa mendakwa aktres tersebut telah berpindah rumah berhampiran pejabat suaminya.
Dakwa isteri kepada kekasih Fatin itu, dia diberitahu oleh individu yang melihat pelakon Tentang Bulan itu sedang memindahkan dan mengangkat barang.
"Fatin baru pindah dari Sentul ke Subang sebab pejabat baru suami saya kat UOA Subang.
"Dia memang sentiasa berpindah-randah. Ada orang nampak dia pindah ke kondominium berdekatan dengan Citta Mall, Ara Damansara.
"Dia nak dekat dengan pejabat suami saya," dakwanya kepada Gempak.
Dakwa isteri kepada kekasih Fatin itu lagi, pelakon drama Red Velvet itu tidak pernah tampil meminta maaf pada tahun ini.
"Betina si** tu tak pernah menghubungi aku untuk minta maaf walaupun sekadar sandiwara pada tahun 2020 ini," dakwanya lagi di laman Twitter.
Sebelum ini, sebuah portal menyatakan Fatin ada menghubungi dan memohon maaf namun kenyataan itu disangkal oleh isteri kekasih Fatin.
ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Mercedes, Audi, Beg Tangan... Disuruh Cerai Dengan Suami, Isteri Kekasih Fatin Afeefa Buka Cerita!
Fatin merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak.
Terdahulu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 dan bercerai pada 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live