Anak-anak anda peminat setia kartun Pinkfong?

Mesti mereka tak sabar sebab kali ini animasi terbabit akan muncul dengan Pinkfong Wonderstar.

Bakal ditayangkan mulai 6 Ogos ini, Pinkfong Wonderstar mengisahkan Pinkfong terhempas di sebuah rumah di Wonderville dan bertemu dengan Hogi, seekor landak yang begitu pandai seperti ensiklopedia serta mahir menyelesaikan segala masalah.

Pinkfong dan rakan baiknya Hogi membuka pusat perkhidmatan ‘Wonderstar’ untuk membantu penduduk Wonderville dan sesiapa sahaja yang meminta pertolongan.

Pinkfong dan Hogi bersatu menubuhkan Wonderstar untuk membantu rakan-rakan menyelesaikan masalah.

Apabila Wonderstar berada di sisi, setiap masalah dapat diselesaikan!

Buat pertama kalinya, Pinkfong serta muzik temanya dialih ke dalam bahasa Melayu.

Program Pinkfong Wonderstar juga bertindak sebagai pengenalan kepada watak baharu, Hogi.

Hogi terpesona dengan pemberian alam tetapi pengetahuannya yang meluas menyekatnya melakukan sesuatu? Pinkfong mempunyai sikap ingin tahu dan serba boleh menjadikannya penyelesai masalah dan rakan yang ideal? Apabila Wonderstar berada di sisi, setiap masalah dapat diselesaikan Saksikan siri terbaharu Pinkfong Wonderstar, mulai 6 Ogos, setiap Khamis dan Jummat, 12PM, hanya di Astro Ceria! . #PinkfongWonderstar #AstroCeria @pinkfong.malaysia

A post shared by Pinkfong (@pinkfong.malaysia) on


Ibu bapa pasti teruja dengan program baharu Pinkfong Wonderstar yang boleh mengajar anak-anak pelbagai nilai murni seperti kepentingan menjalinkan persahabatan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan semangat bekerjasama.

Ada lagi yang menyeronokkan khas untuk anda semua.. Astro Ceria dan NJOI akan menganjurkan ‘giveaway’ istimewa mulai 6 Ogos hingga 23 September!




Untuk maklumat lebih lanjut, peminat boleh mengikuti akaun @AstroCeria dan @Pinkfong.Malaysia di Instagram (IG).

Jangan lupa temu janji kita mulai 6 Ogos ini (esok), setiap Khamis dan Jumaat, jam 12 tengah hari hanya di saluran Astro Ceria HD (CH 611) dan Astro Ceria (CH 631).