Pelakon berbakat, Fauziah Nawi bersyukur dengan kehadiran arwah anak, pengarah Pitt Haniff selama 43 tahun dalam kehidupannya.

Menurut Fauziah, Pitt adalah seorang anak yang baik terhadap ibunya.

"Alhamdulillah. Syukur kerana meminjamkan Allahyarham Mohd Firdaus Haji Mohd Hanif kepadaku ibunya ya Allah.

"Hari ni hari kelima @pitthanif tinggalkan mama. Pitt anak yg baik tak pernah meninggikan suara dan tak pernah mempertahankan diri Pitt biar apa pun mama cakap," tulisnya.

Walaubagaimanapun, Fauziah reda dengan pemergian anak lelakinya itu.

"Mama reda Pitt. Cuma satu mama nk cakap Pitt memang berpakat dengan arwah baba tinggalkan mama.

"Tak mengapa Pitt. Mama reda. #MogaAllahmemberiEhsanNyabuatPittdanbaba," tulisnya lagi.

Pengarah filem Coast Guard itu meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga cahaya mata.

Sabtu lalu, Pitt dilaporkan lemas ketika memancing selepas bot yang dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang karam sekitar pukul 1 tengah hari.

BACA: Bot Karam, Anak Fauziah Nawi Hilang Ketika Memancing Di Kuala Lipis

BACA: Pencarian Sukar Kerana Arus Deras, Rakan-Rakan Selebriti Doakan Pitt Hanif Segera Ditemui

Jenazah ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.25 petang Ahad.

BACA: “Jenazah Telah Ditemui Dalam Keadaan Yang Elok” – Pitt Hanif Telah Ditemui

Jenazah telah selamat dikebumikan sekitar jam 2 pagi di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

BACA: Anak Fauziah Nawi Selamat Dikebumikan

Alhamdulillah. Syukur kerana meminjamkan Allahyarham Mohd Firdaus bin Hj Mohd Hanif kpd ku ibunya ya Allah. Hari ni hari ke5 @pitthanif tinggalkan mama. Pitt anak yg baik tak pernah meninggikan suara dan tak pernah mempertahankan diri Pitt biar apa pun mama ckp. Mama redha Pitt. Cuma satu mama nk ckp Pitt mmg berpakat dgn arwah baba tinggalkan mama.tak pe Pitt. Mama redha. #MogaAllahmemberiEhsanNyabuatPittdanbaba

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi) on