Laman Utama

PKP Di Enam Negeri Bermula Rabu - PM

gempak
Azwa Rahman
11/01/2021
10:50 MYT
Sponsor Banner
PKP Di Enam Negeri Bermula Rabu - PM
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa Rabu ini, jam 12.01 tengah malam hingga 26 Januari depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Selain itu, katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain, iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak pula akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.
“Negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.
“KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live