Hampir setahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau merindui untuk bertemu rakyat secara bersemuka.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap supaya rakyat tampil ke hadapan, tidak bimbang, ragu dan takut untuk menerima vaksin COVID-19.
Katanya, kerajaan sedang melakukan segala usaha bagi menangani wabak itu, sekali gus mengembalikan kehidupan normal kepada rakyat.
"Saya nak balik kawasan saya di (Parlimen) Pagoh. Pegawai saya kata boleh balik, tetapi nak pergi mana? Saya kata, saya nak jumpa rakyat, tetapi pegawai kata PKP. Sebab itu kita beri perhatian untuk cari jalan cepat supaya COVID-19 dapat diatasi.
"Mungkin seluruh negara beralih kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan akhirnya langsung tiada PKP. Apabila negara bebas COVID-19, kita boleh hidup seperti biasa, boleh bersalam dan berpelukan. Itu yang kita harapkan dan sebab itu pelan yang kita laksanakan sekarang amat penting," katanya.
Dalam wawancara khas sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin berkata, beliau turut berharap negara berjaya mencapai imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Jelasnya, sejak vaksin pertama tiba di Malaysia, kadar keyakinan rakyat terhadap pelalian itu sudah meningkat kepada 80 peratus, sekali gus menunjukkan perkembangan yang baik.
"Saya amat berharap mereka yang patut terima suntikan, menerima suntikan itu. Malah kerajaan sudah membuat keputusan untuk memberikan vaksin ini secara percuma kepada semua termasuk warga asing.
"Jadi, harapan saya ialah semua pihak mesti terbabit secara bersama dalam kempen ini dan sasaran kita sebanyak 80 peratus rakyat menerima vaksin. Tetapi untuk mencapai imuniti kelompok, saya dimaklumkan ia harus mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus," katanya.
Beliau menegaskan, program imunisasi itu amat penting dan menjadi kempen kesihatan terbesar di Malaysia membabitkan segenap lapisan masyarakat.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui kerajaan berdepan masalah dengan kumpulan yang tidak bersetuju dengan pengambilan vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan golongan antivaksin yang cuba menimbulkan ketakutan dan kekeliruan supaya tidak mengambil suntikan vaksin.
"Selepas menerima suntikan pertama, saya lebih yakin untuk tunggu satu lagi dos suntikan. Bukan untuk mengatakan saya sudah terselamat, tetapi saya boleh katakan, dalam badan saya ini, ada antibodi yang jika ada saja elemen virus nak masuk, ia akan lawan. Jika tiada benda itu (vaksin), bagaimana ia nak melawan (virus).
"Jika semuanya berjalan mengikut pelan, saya harap sebarang gerakan didalangi segelintir pihak untuk merencatkan prestasi program imunisasi ini, tidak akan berjaya," katanya.
Sumber & Foto: Berita Harian
Maliah Surip
Sun Feb 28 2021


Bukan Lepas Bersolek, Demi Lovato Kata Dirinya Paling Yakin Sewaktu Lakukan Ini
Demi Lovato nampaknya mempunyai jawapan yang agak berlainan mengenai tahap keyakinan dirinya.
![[FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni [FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/hidung-mulan.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni
Nampak lain atau tidak?

Dituduh Hina Agama Sebab Makan Babi, Influencer Ini Terima Hukuman Setimpal…
Tertuduh yang mengakui dirinya sebagai Muslim

"Baru Nak Shoot, Hujan Turun Selebat-Lebatnya! Terpaksa Tukar..." - Hafiz Nafiah
Filem Mat Kola bakal ditayangkan mulai 21 September.

GV10 : “Tak Malu Pun, Syukur Ada Peluang Timba Ilmu lagi” - Azharina
Bagusnya Azharina, rajin belajar untuk jadi yang terbaik.

Terkenal Dengan Watak Atuk Dalam K-Drama, Byun Hee Bong Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas
Atuk famous K-Drama dah tiada...

TikToker Buat Hal, Seludup & Bangga Makan Nasi Padang Dalam Pawagam
Seorang TikToker yang sengaja membuat konten dengan makan nasi padang dalam pawagam telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh warganet.
Dolla Buat Geng-Geng Jantan Lupa Girlfriend, POV Shila Amzah? [Hausboom Music] - Journey To The Fest
Journey To The Fest kali ni Kecik & Sifu HipHop Alip berada di Kota Sepang yang panas lit untuk Hausboom Music 2023! SERIOUS PANAS LIT untuk Day 2! Kita dapat tahu, Fans Masdo ni semua Fake terutama gadis-gadis! Banyak lagi benda gila terjadi! #JourneyToTheFest

“Selagi Tak Nampak Sosok Badan, Bentuk Paha & Betis” - Suami Jadi Penapis Pemilihan Pakaian Neelofa
Neelofa dapatkan kebenaran suami dari segi pemilihan pakaian

Akhirnya! Ameera Khan Jawab Tuduhan Pergi 'Berjudi'
Ameera Khan mengambil langkah untuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.