Laman Utama

PKP Sambung Lagi Esok - PM

gempak
Gempak
27/06/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
PKP Sambung Lagi Esok - PM
PKP tidak tamat esok dan fasa pertama pelan pemulihan negara akan dilanjutkan sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes, maklum Perdana Menteri Mahiaddin Yassin hari ini.
Ini memandangkan kriteria sasaran untuk beralih ke fasa berikutnya masih belum dipenuhi.
Mahiaddin juga berkata kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada Isnin atau Selasa ini.
Menurut pelan pemulihan negara, peralihan dari Fasa 1 sekatan pergerakan penuh hanya akan dilakukan sekiranya tiga sasaran utama tercapai.
Kriteria utama untuk memasuki Fasa 2 adalah kes harian Covid-19 di bawah 4,000; Kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap "sederhana"; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.
Namun demikian, purata tujuh hari untuk kes Covid-19 setakat hari ini adalah 5,351, sementara jumlah pesakit di ICU hari ini (866) hampir sama tinggi ketika sekatan penuh mula berkuat kuasa pada 1 Jun (872).
Sumber: MalaysiaKini & Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live