Mesyuarat Khas pada Selasa bersetuju membenarkan premis sukan beroperasi sehingga jam 2 pagi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Memetik laporan Astro AWANi, Ismail Sabri berkata keputusan tersebut dibuat selepas menerima aduan daripada pengusaha premis berkenaan.
"Seperti yang diumumkan sebelum ini, premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan daripada 12 tengah malam kepada pukul 2 pagi.
"Operator perniagaan berkaitan sukan, misalnya futsal ketika ini, perlu menghentikan operasi pada jam 12 tengah malam.
"Namun, mereka membuat aduan kerana kebanyakan pengunjung akan datang ke premis berkenaan selepas waktu Maghrib atau Isyak.
"Atas dasar itu, maka mesyuarat bersetuju untuk membenarkan mereka beroperasi hingga jam 2 pagi," katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa.
Katanya lagi, semua pihak yang terlibat sama ada pemain, pengurus premis atau mereka yang hadir masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sumber: Astro AWANI
Kamaruddin Razal
Tue Sep 22 2020


Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"
Usaha tangga kejayaan.
.jpg?ext=.jpg)
Azhar Osman Bekas Rakan Duo Hael Husaini, Sah Bergelar Suami Sekali Lafaz
Tahniah Azhar dan pasangan

Gigi Dah Cantik Tapi Pasang Pendakap, Iman Troye; “Kadang Insecure Bila Bercakap Depan Orang..”
Makin berkeyakinan lepas ni.
.jpg?ext=.jpg)
#TheGiftedGraduation : Berjayakah Time Memasuki Kelas Gifted? Saksikan Episod 2 Untuk Mengetahui Jawapanya
Episod dua dah

#Foodieslife - Perut Memulas Waktu Pagi Lepas Minum Kopi? Ini Sebabnya…
Oh begitu rupanya...
![[VIDEO] “Mula-Mula Kongsi Kek, Lama-Lama Kongsi Kasih…” - Netizen Sekali Lagi Kenenkan Zara Zya dan Shuib [VIDEO] “Mula-Mula Kongsi Kek, Lama-Lama Kongsi Kasih…” - Netizen Sekali Lagi Kenenkan Zara Zya dan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(31).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Mula-Mula Kongsi Kek, Lama-Lama Kongsi Kasih…” - Netizen Sekali Lagi Kenenkan Zara Zya dan Shuib
Lagi sekali Shuib dan Zara Zya
.jpg?ext=.jpg)
"Ya Allah Hancur Betul Hati Ini..." - Bella Astillah Kehilangan Nenek 8 Bulan Selepas Atuknya
Al Fatihah Nenek Bella
![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Beto Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.