Laman Utama

"Please Stop It, Demi Allah" - Dituduh Cucuk 'Vaksin Angin' Pada Anak KJ, Jururawat Ini Perjelas Cerita Sebenar!

gempak
Hanafis Haris
16/02/2022
08:32 MYT
Sponsor Banner
"Please Stop It, Demi Allah" - Dituduh Cucuk 'Vaksin Angin' Pada Anak KJ, Jururawat Ini Perjelas Cerita Sebenar!
Baru-baru ini viral di media sosial apabila anak bongsu kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akhirnya selamat menerima vaksinasi dos pertama di World Trade Centre (WTC).
Menerusi satu video yang tular dan diambil sendiri oleh Khairy, anaknya Raif, 6, dilihat tenang menerima suntikan vaksin sambil tangannya dipegang ibunya, Nori Abdullah.
Namun, entah bagaimana, muncul sebuah video berasingan dipercayai disunting oleh pihak tertentu yang menampakkan seolah-oleh Raif menerima vaksin kosong.
Video itu sekali gus dijadikan 'modal' buat sesetengah anti vaksin untuk menguatkan lagi teori konspirasi mereka.
Enggan video tersebut diterima 'bulat-bulat' oleh kebanyakan masyarakat, jururawat yang bertanggungjawab membuat suntikan itu tampil menceritakan perkara sebenar.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik, jururawat berkenaan memberitahu dia melakukan prosedur yang sama seperti ibu bapa lain.
"Saya tunjukkan jenis vaksin kepada ibu ayah, saya tunjuk cara keluarkan vaksin itu.
"Saya juga tunjukkan 'volume' yang saya switch out dan akan beri lepada kanak-kanak.
"Ibu ayah pun dah noted nampak dan agree, untuk pfizer kids 0.2Ml," katanya.
Tambahnya, untuk berurusan dengan kanak-kanak, dia perlu berkomunikasi dengan mereka secara terperinci.
"Kita deal dengan kanak-kanak kita tahu anxiety terhadap details tu mereka macam mana, so saya kena interact juga dengan mereka.
"Demi Allah saya tiada langsung, saya tidak keluarkan vaksin yang tidak masuk ke dalam badan.
"Saya harap satu benda, kalau you tak tahu jangan tuduh, jangan buat assumption.
"Saya hanya buat kerja saya, untuk beri keselesaan kepada kanak-kanak itu dan semua kanak-kanak lain. Saya tak mahu benda ini traumakan mereka.
"Please stop it, kalau you tak nak its okay, jangan tuduh orang tanpa berasas," katanya.
Anda boleh lihat penjelasan penuh jururawat tersebut di bawah.
BACA: “Bukan Cucuk Angin Kan?”- KJ Teman Anaknya Usia 6 Tahun Vaksin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live