Majlis Sambutan Tahun Baru 2022 telah dibatalkan dan akan digantikan dengan solat hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, beliau
telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia supaya menganjurkan majlis tersebut pada malam ini di Masjid Putra, Putrajaya.
Beliau berkata, solat hajat dan doa selamat diadakan sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.
“Dengan itu, saya mengajak Keluarga Malaysia untuk solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam esok(malam ini).
"Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir, boleh mengikuti siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV Al-Hijrah," katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Hantaran itu turut disertai dengan poster majlis berkenaan yang akan bermula pada 7 malam.
Perdana Menteri turut menyarankan masjid di seluruh negara terutamanya masjid negeri agar menganjurkan majlis sama.
Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing, katanya.
Beliau berharap segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.
Fiza Kamarudin
Fri Dec 31 2021


“Saya Mengkagumi Bakat Dia…”- Profesional, Ellie Suriaty Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Suami
dia telah pun berpindah ke rumah yang...

Adaptasi Filem, Nazir Razak Pilih Syafiq Kyle?
Wah hebat!

#OhDaebak: Rose BLACKPINK Dedah Rahsia Gambar Cantik Di IG, Ini Cara-Caranya
Lepas ni gambar kita pun dah setanding influencer lah kome hehe.

Tengah Borak Fasal Dendam Seorang Isteri Dengan Nad Zainal, Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?
Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?

Nak Tiket Percuma Saksikan Netball Super League Live? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkannya!
Wah mudahnya!

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan...

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…
Guna pengalaman lama dalam filem

“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Alamak!

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?
Kajian baharu mendapati kemungkinan kurang pengambilan protein boleh memanjangkan usia

“Shakabom” - Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?
“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.