PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Bapa Penagih Dadah, Anak Malu Dengan Bakal Mentua

Kak Gee
07/10/2020
15:01 MYT
SOALAN
Kak Gee, saya kenalkan diri sebagai Moon. Saya ada satu dilema. Saya bakal dirisik kekasih sekitar bulan depan. Namun yang menjadi kegusaran saya adalah bakal keluarga mentua tak tahu ayah saya seorang penagih dadah.
Sampai sekarang ayah masih menagih dadah dan hanya bakal suami yang tahu. Saya malu jika keluarga pihak lelaki tahu mengenai ayah. Dan saya juga takut kalau mereka tak bersetuju dengan pilihan kekasih untuk berkahwin dengan saya.
Bantu saya Kak Gee.
Yang Benar, Moon
Kredit Foto: News18.com
JAWAPAN
Hi Moon. Kak Gee harap anda berada dalam keadaa sihat. Pertamanya Kak Gee lega jika bakal suami anda tahu tentang keberadaan ayah Moon yang sebenar. Dan dia masih ingin meneruskan hasratnya untuk berkahwin dengan anda.
Itu bermaksud dia memang serius dan akan berhadapan dengan risiko lain apabila berkahwin dengan anda.
Secara peribadi, Kak Gee rasa bakal mentua anda tidak perlu tahu mengenai sikap ayah anda saat ini. Bukan untuk menipu tetapi buat masa ini dan jika tak ada seorang pun yang tahu atau perasan, maka simpan untuk anda dan pengetahuan bakal suami sudah memadai.
Jadi jangan bimbang tentang majlis anda bulan hadapan, teruskan dan tawakal kepada Allah.
Yang penting sekarang ini anda jangan putus doa buat ayah bertaubat dan meninggalkan najis dadah.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.