Viral

#PMTepiKakGee: “Dia Rasa Rasa Janggal Dengan Adik Beradik Lain” - Walaupun Bapa Kandung Sama, Tetapi Malu Dengan Saudara Sendiri

gempak
Gempak Spot
17/05/2020
02:45 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: “Dia Rasa Rasa Janggal Dengan Adik Beradik Lain” - Walaupun Bapa Kandung Sama, Tetapi Malu Dengan Saudara Sendiri
Soalan:
Hai Kak Gee. Saya Mey umur 24. Saya seorang lelaki. Ada kawan baik yang saya namakan Cap. Saya dan dia start kenal 2017 hingga kini (Zaman masuk U). Sekarang dah habis. Hubungan kami macam adik beradik tapi saya terasa kasihan dengan dia. Dia tak sempat merasa kasih sayang seorang ibu (ibunya meninggal lepas melahirkan dia).
Sejak kecil dia duduk dengan atok dan nenek dan bila atok nenek dia meninggal, dia kembali duduk dengan abah dan umi susuan dia. Dia anak tunggal tapi ada adik, kakak dan abang beza ibulah.
Kemudian tahun lepas, abah dia meninggal dunia pada 10 syawal. Sejak itu dia jarang balik rumah sebab dia cakap dia segan kerana tiada ikatan darah kandung dengan adik beradik dia yang lain. Saya tahu tetap saudara kandung sebab abah yang sama, cuma dia je rasa macam tu.
Bayangkanlah sepanjang PKP dia duduk di kedai telur (tempat dia kerja sementara tnggu konvo). Dia selalu luah masalah pada saya yang dia tak pandai nak bermesra dengan adik beradik dia. Selepas ketiadaan abah dia lagilah rasa akward. Saya nak nasihat tapi tak pandai.
Saya berhajat lepas raya dan jika dah boleh merentasi negeri, saya nak ajak dia cari kerja di KL agar hidup dia tak sunyi. Macam mana ye Kak Gee saya nak nasihat kawan saya supaya dia tak malu dgn adik beradik dan umi dia? Lepas tu, patutkah saya ajak dia mencari kerja di KL untuk tinggal bersama saya dan beberapa lagi kawan kawan dia?
Jawapan:
Hai Mey! Kak Gee ucapakan selamat berpuasa. Kak Gee ucapkan terima kasih pada Mey kerana menjadi seorang sahabat yang baik buat kawan Mey. Tak ramai kawan yang nak bantu kawan apabila melibatkan hal-hal keluarga ni kerana bimbang masuk campur dalam keluarga orang lain.
Okay, Kak Gee nak jawap tentang rasa segan kawan Mey dengan keluarganya tu. Sebenarnya kawan Mey harus tahu bahawa keluarga sebapa adalah dikira adik beradik kandung, apatah lagi umi merupakan ibu susuannya. Mungkin kawan Mey rasa agak canggung kerana dia sudah terbiasa tinggal bersama atok dan nenek menyebabkan hubungan dengan adik beradik dan umi agak renggang.
Tapi jangan jadikan ia satu alasan untuk tidak merapatkan hubungan keluarga. Dalam hidup kita ni, keluarga sangat penting kerana itulah darah daging kita. Mungkin rasa sedikit tidak selesa itu wujud kerana kawan Mey tidak biasa hidup bersama mereka, tetapi jangan jadikan alasan untuk tidak mencuba.
Mey mungkin boleh beritahu kawan Mey supaya dia boleh cuba dengan berbual-bual dulu dengan adik beradik dan umi. Gunakan topik-topik mudah, mungkin berkongsi kenangan bersama arwah abah dan sebagainya. Jadikan bulan Ramadan yang mulia ini sebagai pengerat hubungan. Mungkin kawan Mey boleh berterawih bersama, atau sama-sama bantu menyiapkan juadah berbuka atau sahur. Inilah masanya untuk kawan Mey mengeratkan ikatan silaturrahim dan peluang keemasan ini jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Tentang mengajak kawan Mey untuk ke KL mencari kerja, Kak Gee tak galakkan sangat. Buat masa sekarang, kita cuba nak elakkan rantaian wabak Covid-19 daripada berpanjangan. Jadi, tinggal di tempat masing-masing lebih baik.
Buat sementara waktu, kerjalah apa yang ada kerana Mey dan kawan pun masih menunggu untuk konvokesyen kan! Berjauhan dengan keluarga juga membuatkan hubungan yang sudah renggang ini menjadi lebih jauh dan mungkin akan terus terputus.
Nasihat Kak Gee pada Mey, lupakan dulu hasrat nak ke KL, tumpukan pada satu-satu masalah terlebih dahulu dan baik pulihkan ia sebelum melarat. Keadaan sekarang juga tidak membantu untuk Mey dan kawan tersebut datang ke KL. Tunggulah masa yang lebih baik, ya.
Kak Gee harap Mey dapat membantu kawan Mey tersebut dengan beberapa cadangan Kak Gee ini, dan semoga Mey dan kawan Mey akan saling menjaga persahabatan antara kalian berdua.
Salam sayang dari Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live