PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: "Kami Dah Buat Yang Terbaik, Tapi Kenapa Masih Ada Yang Bodoh?" - Penat Jaga SOP

Kak Gee
14/10/2020
14:24 MYT
Soalan:
Salam Kak Gee. Saya ni bukan nak mengadu sangat tapi lebih kepada nak luahkan perasaan geram! Kita rakyat Malaysia ni berusaha keras untuk putuskan rantaian Covid-19 dan sememangnya kita dah berjaya landaikannya.
Negara kita jadi pujian masyarakat antarabangsa sebab kita ikut garis panduan SOP dan apa sajalah yang dibuat oleh pihak kerajaan.
Tapi semudah itu kita landaikan, sepantas itu pulak mereka musnahkan. Mungkin orang lain nak berdiam diri, tapi saya tetap nak bersuara. Semua ini bermula sebab pilihan raya di Sabah hari tu. Benda ni tak akan terjadi balik kalau orang politik tidak sibuk dengan agenda politik.
Kenapa mereka tidak sabar untuk pegang jawatan ni Kak Gee? Kenapa pilihan raya tak boleh tunggu sampai wabak yang membunuh ni dapat dihapuskan, atau setidak-tidaknya memang terkawal?
Ramai yang susah termasuk saya masa PKP dulu hingga hilang pekerjaan. Sekarang saya diminta oleh tempat kerja baru untuk bekerja dari rumah. Saya bimbang lama kelamaan saya akan kehilangan kerja lagi kerana tempat baru tak mampu nak bayar gaji kalau syarikat tak berjalan.
Memang saya nak luahkan perasaan geram saya Kak Gee. Kalau Kak Gee tak siarkan luahan saya pun tak apa, tapi saya tetap nak tulis pada Kak Gee. Harap PKPB ni tak berpanjangan.
Zeera
Jawapan:
Waalaikumussalam Zeera. Kak Gee faham perasaan Zeera sekarang ini kerana kita semua melaluinya. Kak Gee juga terpaksa bekerja dari rumah untuk memastikan kita semua selamat.
Jangan fikirkan sangat kerana Zeera masih lagi ada pekerjaan. Doakan semoga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini tidak berpanjangan dan keadaan dapat dikawal dalam tempoh dua minggu yang akan datang.
Apa yang penting sekarang ini buat Zeera dan semua adalah kita sama-sama berusaha untuk memutuskan rangkaian Covid-19 yang melanda beberapa negeri sekarang ini. Kita patuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP), kita patuhi undang-undang, kita jaga diri kita.
Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kita kena terus berusaha untuk melandaikan kembali. Kak Gee yakin kita boleh buat. Kita pernah berjaya dan Kak Gee pasti jika kita terus mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita boleh berjaya lagi.
Kerja dari rumah, jangan keluar tanpa sebab, basuh tangan dengan kerap, mandi dengan kerap, jaga penjarakan sosial kalau keluar dan perkara-perkara yang telah dikongsikan sebelum ini. Kak Gee yakin Zeera boleh, kita semua boleh! Lupakan rasa geram dan marah, tapi tumpukan kepada untuk kita pulihkan negara kita kembali.
Salam sayang daripada Kak Gee untuk Zeera dan semua yang sedang menjalani PKPB.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penonton Emosi & Geram, Pukul Pelakon Lelaki Ipar Adalah Maut

gempak
27/06/2024
14:50 MYT
Filem Ipar Adalah Maut memang menjadi bualan dan ‘laris manis’ di pawagam.
Laman Utama

KKM Sahkan Voice Note Penularan Wabak Baharu Sampai Katil Hospital Penuh Tidak Benar

gempak
04/12/2023
02:55 MYT
Tak pasti jangan kongsi
Laman Utama

“Bila Keluar Alasan Bodoh Lebih Baik Diam!” - Michael Ang Geram Dengan Abang Tesla

gempak
28/08/2023
03:50 MYT
Michael Ang suruh Abang Tesla diam.
Laman Utama

[VIDEO]: “Kau Siapa Nak Sound? Apa Masalah Sangat Pada Kau Kalau Aku Sumbang?” - Ifa Raziah Geram, Guru Vokal Komen Teknik Nyanyian

gempak
05/09/2022
02:47 MYT
Alamak, apa kes pula ni.
Laman Utama

COVID-19: Kes Baharu Meningkat, Catat 11 Kematian Termasuk Yang Meninggal Di Rumah

gempak
07/08/2022
01:53 MYT
Kes kematian terbaharu untuk pesakit Covid-19