Hiburan
#PMTepiKakGee : Kawan Baik Beralih Arah, Muat Naik Gambar Rakan Lain Di Instagram, Nak Cemburu Atau Tidak?
Soalan :
Hi Kak Gee, selamat hari raya nama saya Badboy.Saya ada masalah dengan kawan baik.
Kami rapat dah macam abang dan adik dah, semua kami buat berdua.
Tapi lately ni dia macam dah mula jauhkan diri dan kerap berjumpa dan lepak dengan kawan lain.
Kadang kala bila dimuat naik di Instagram, saya rasa terkilan dan cemburu.
Adakah saya ada buat silap? Adakalanya saya rasa macam diperguna pula sebelum ni.
Yang Benar,
Badboy
Jawapan:
Hi Badboy, terima kasih kerana memilih Kak Gee sebagai tempat untuk mengadu masalah.Kak Gee faham perasaan apabila kawan baik yang selama ini ada waktu susah senang berubah sekelip mata.
Namun, Kak Gee mahu Badboy berikan sedikit masa pada kawan baik Badboy.
Percayalah jika dia benar-benar hargai persahabatan Badboy pasti lambat laun akan cari Badboy juga.
Mungkin sekarang adalah tempoh buat dirinya untuk cuba sesuatu yang baru atau keluar dari zon selesa.
Bagi Kak Gee itu adalah normal, mungkin dia cuba untuk tidak mahu berada di ‘kepompong’ yang sama.
Daripada kamu berdua bergaduh baiklah masing-masing membawa haluan sendiri sementara.
Percayalah, lambat laun masing-masing akan cari balik kawan baik.
Bab dipergunakan pula, Kak Gee tak mahu Badboy fikirkan sangat kerana apabila kita mengungkit perkara lama maka kita tidak ikhlas sebenarnya.
Jadi anggaplah apa yang telah dicurahkan selama ini satu perbuatan yang ikhlas.
Apapun semua ini fasa untuk mematangkan kalian berdua, jadi jangan stress ok!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video