Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil saya Liza je.

Saya ni boleh dikatakan sebagai owner sebuah butik di Kuala Lumpur.

Saya rimas dengan seorang client baru-baru ni yang nak minta saya siapkan baju kawin ala-ala Mira Filzah.

Tinggi cita-cita, tapi sebenarnya kami boleh je sedaya upaya buat rekaan hampir sama tapi masalah bajet yang diberi ciput sangat Kak Gee.

Tak setimpal dengan tenaga yang kami kena keluarkan.

Macam mana nak cakap ni Kak Gee, kalau tunaikan juga takut jadi isu pula.

Hasilnya tak setimpal or tak sama.



Jawapan:

Hi Liza, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.

Wah! memang meriah betul kisah perkahwinan Mira Filzah minggu ni kan. Sampai ke PMTepKakGee!

Apapun berbalik pada masalah Liza itu, Kak Gee nasihatkan supaya perjelaskan kepada pelanggan secara terperinci.

Jika mahu rekaan sebegini, berapakah bajet minimum diperlukan.

Ini penting supaya pelanggan tidak rasa tertipu pada akhirnya.

Jangan disebabkan kerana menjaga hati pelanggan yang mahukan baju seperti Mira Filzah, butik anda diburukkan kemudian hari.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!