Hiburan
#PMTepiKakGee: Terpaksa Berhenti Kerja Sebab Jaga Ayah Sakit Tapi Abang & Kakak Lepas Tangan? Ini Kisah Anak Bongsu Tertekan!
SOALAN
Kak Gee, nama saya Man berusia 23 tahun dan ada perkara yang ingin diluahkan kepada Kak Gee.Actually, saya baru je habis belajar around last year.
Nak jadikan cerita. saya dapat kerja dekat dengan area rumah mak ayah saya.
Waktu tu, saya happy sangat sebab duduk dekat dengan rumah parents, ye lah masih dapat bermanja dengan mak ayah dan jimatlah duit rumah sewa dan makan.
Tapi semuanya berubah bila ayah saya jatuh sakit.
Saya terpaksa ulang alik dari hospital ke rumah dan adakalanya menyebabkan saya tidak boleh berkerja seperti biasa.
Boss pun dah penat nak bising jadi saya terpaksa ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus jaga ayah.
Saya reda Kak Gee, serious, saya tak kisah nak jaga ayah sebab ktu tanggungjawab saya sebagai anak...
Tapi yang membuatkan saya tertekan bukanlah parents, tapi sikap abang dan kakak saya.
Ya, memang mereka ada bantu dari sudut kewangan, tapi agak jarang sekali pulang ke kampung untuk tengokkan mak ayah, apatah lagi nak jaga mereka bila memerlukan.
Mungkin sebab mereka tahu yang saya ada di kampung dah boleh uruskan semua hal.
Saya tidaklah merungut tapi mungkin disebabkan saya masih muda, saya rasa tertekan dengan sikap endah tak endah mereka ni!
Geram!
Saya sayang parents saya tapi pada masa sama saya rasa dipergunakan oleh abang dan kakak. Takkan hulur duit je?
Adakah saya salah bila rasa macam tu?
Apa perlu saya lakukan Kak Gee? Tolong saya please.
Yang benar,
Man
JAWAPAN
Hai Man, firstly terima kasih sebab percayakan Kak Gee dan PM Tepi Kak Gee untuk berkongsi masalah.Apapun Kak Gee nak adik tahu sebenarnya luahkan perasaan ni adalah cara terbaik daripada kita pendam lama-lama.
Bahaya tu, boleh makan diri nanti.
Kak Gee nak ucapkan tahniah dan bangga sangat dengan adik kerana jadi anak yang soleh.
Bukan mudah galas tanggungjawab nak jaga mak ayah yang sedang sakit ya!
Apatah lagi kena ulang alik kerja bukan? Sampai terpaksa berhenti tu... Pasti disulami suka dan duka, so adik kena bangga tu.
Berkenaan isu adik beradik tu, Kak Gee sangat faham sebab Kak Gee pun pernah lalui situasi yang sama.
Jadi apa yang adik harus lakukan?
Pertama, nasihat Kak Gee jangan melihat menjaga ayah sakit sebagai bebanan sebaliknya anggap ia tanggungjawab.
Tanggungjawab sebagai anak untuk berbakti, nescaya adik akan banyak peroleh hikmahnya dari Tuhan.
Besar ganjarannya menjaga orang tua kita yang sakit, tapi apa yang lebih penting keberkatan mak ayah tu yang mahal. Ingat dan percaya semua ni okay.
Kedua, adik perlu ambil masa untuk ada 'me time.' Curi masa untuk diri sendiri.
Kak Gee faham sangat bukan mudah ya nak handle orang tua sakit. Adakalanya emosi mereka juga tidak stabil.
Adik juga masih muda, jadi kadang-kadang datang rasa marah atau memberontak.
Jadi, untuk elak benda yang tak baik berlaku, tidak salah untuk mencari masa untuk diri sendiri.
Cari ruang untuk buat perkara yang adik suka seperti biasa, sebagai contoh bersenam atau bersukan kerana ia mampu kurangkan tekanan adik.
Ketiga, soal adik dan kakak, jangan sesekali takut mengajak kedua-dua mereka berbincang kerana setiap masalah pasti akan selesai dengan capaian persetujuan bersama sama.
Kalau boleh, adik elakkan bincang melakui WhatsApp kerana adakalanya maksud nak disampaikan tu disalah tafsir.
Kadang-kadang, kita cakap A, dia ingat B.
Jadi, ambil masa yang sesuai duduk bincang bertiga. Elakkan perbincangan yang beremosi dan berbicaralah secara matang.
Mungkin boleh bahagikan jadual hospital ayah dan masukkan kakak dan abang mengikut tarikh yang mereka boleh ambil cuti.
Tak selalu pun tak mengapa, kita faham mereka tinggal jauh. Cuba ya!
Kak Gee yakin masing-masing sudah dewasa dan faham tanggungjawab kepada parents.
Masa inilah sesuai untuk digunakan bagi membalas jaga mereka.
Bincanglah, sebab jika pendam isu ini akan berpanjangan sampai bila-bila.
Terakhir sekali, sebagai anak kita perlu banyak bersabar dan berdoa pada Allah semoga semua urusan kita dipermudahkan.
Melalui pengalaman Kak Gee yang pernah menjaga ibu bapa yang sakit, kesabaran dan ketabahan adalah pokok segalanya bagi meneruskan apa yang dilakukan.
Jadi baik adik atau abang mahupun kakak, sama-samalah berdoa supaya ayah cepat sembuh.
Okay, Kak Gee percaya adik mampu lakukan dan lalui masalah ini. Jangan cepat mengalah ya!
Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa!
Itu permasalahan keluarga Man, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video