Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

PMX Sambut Baik Hasrat Pelaburan RM9.41 Bilion Google Di Malaysia

Gempak
30/05/2024 04:52 MYT

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman pelaburan asing ke Malaysia, susulan pengumuman gergasi teknologi Google di Malaysia sebanyak AS$2 bilion (RM9.41bilion) baru-baru ini.

Menerusi platform X, Anwar menjelaskan yang pelaburan tersebut bakal membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar AS$3.2 bilion (RM15.07 bilion).

Sambut baik

“Saya menyambut baik satu lagi pengumuman pelaburan langsung asing ke Malaysia. Hari ini, Google iaitu sebuah syarikat teknologi utama dunia mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak AS$2 bilion (RM9.41 bilion) bagi menyokong agenda Kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.
 

“Pelaburan ini dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar AS$3.2 bilion (RM15.07 bilion) dan perwujudan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang tahun 2030,” katanya.

Menurut Anwar, pelaburan terkait pusat data yang pertama bagi Google di Malaysia dan pembangunan rantau Google Cloud tersebut merupakan bukti bahawa perencanaan kerajaan yang jelas selain kekuatan ekonomi dan sumber negara menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur sedia ada dan baharu.

“Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital.

“Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu, saya telah tekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian. 

“Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini,” katanya lagi.

Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Duit Raya RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk Solidariti Buat Palestin Di Majlis Graduasi Di NYU, Netizen Bangga Dengan Anak PMX

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Google #Pelaburan #Anwar Ibrahim #Sambut Baik