Laman Utama

Polis Dedah Kad Pelarian Muhammad Sajjad – “Diharap Keluarga Dapat Nasihatkan Dia Pulang Sebab…”

gempak
Fiza Kamarudin
24/09/2021
06:19 MYT
Sponsor Banner
Polis Dedah Kad Pelarian Muhammad Sajjad – “Diharap Keluarga Dapat Nasihatkan Dia Pulang Sebab…”
Bukit Aman hari ini mengedarkan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dipegang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat.
Selain itu, gambar Nur Sajat ketika disoal siasat pihak Imigresen Thailand ketika ditahan pada 8 September lalu di kondominium di Bangkok turut diedarkan.
Sebelum ini, Harian Metro memetik sumber mendedahkan kad pelarian Nur Sajat bernombor 815-21C00071 itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.
Laporan itu menyebut Nur Sajat sedang dibantu negara tertentu dan pertubuhan antarabangsa termasuk UNHCR di Bangkok dan Malaysia untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihak Imigresen sudah membatalkan pemilikan pasport antarabangsa Nur Sajat yang turut memohon kad UNHCHR di Bangkok, selepas itu.
Menurutnya, dalam proses permohonan itu akhirnya beliau mendapat status pelarian terbabit.
"Beliau (Nur Sajat) kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi membantunya berpindah ke negara terbabit.
"Nur Sajat juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Abd Jalil berkata, kes Nur Sajat ini kecil saja membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis iaitu menghalang penjawat awam, sebab itu beliau dinasihatkan pulang.
"Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.
"Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak," katanya.
Beliau berkata, keluarga Nur Sajat juga diharap dapat membantu menasihatkannya supaya pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah syariah yang tidak seberat mana.
"Kita yakin keluarga boleh bantu menasihatkannya untuk pulang ke negara ini," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live