Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila vokalist kumpulan Seventeen, Ifan ditangkap khalwat dengan seorang wanita bernama Citra Monica di sebuah pangsapuri.

Namun, kedua-dua mereka menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh orang ramai dan melakukan pemeriksaan doktor untuk membuktikan mereka tidak bersalah selepas suami Citra, Adit membuat laporan polis.

Menurut laporan Detik.com, pihak polis telah mendedahkan hasil siasatan terhadap pasangan ini dan tidak menemukan apa-apa bukti yang menunjukkan Ifan dan Citra melakukan hubungan intim.

"Hasil visum (ujian alat Kelamin) daripada Pegawai Perubatan yang melakukan pemeriksaan, kami tidak menemui sebarang tanda koyak dan juga tidak ada luka atau meninggalkan bekas.

"Jadi saya boleh katakan bahawa tidak ada sebarang hubungan yang berlaku diantara mereka selepas pemeriksaan dilakukan," ujar M. Rifai, Ketua Polis Jenayah di Bandung.

Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefan Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsunami Anyer, Banten.

Sumber: Detik.com