Trilogi naskhah pecah panggung Polis Evo kembali dengan judul Polis Evo 3. Masih menampilkan gandingan dua aktor tersohor tanah air iaitu Shaheizy Sam (Inspektor Khai) dan Zizak Razak (Inspektor Sani), naskhah trilogi ini menerima sentuhan arahan daripada pengarah berprolifik, Syafiq Yusof.

Namun, sensasi yang divisualkan dalam Polis Evo 3 tetap hangat dan penuh dengan plot twist. Kehadiran Reza yang dimainkan oleh Sharnaaz Ahmad antara ‘sesuatu’ yang perlu diberi perhatian.

Sam sewaktu ditemui berkata: “Banyak pengorbanan dilakukan sejak hari pertama penggambaran. Dan selepas beberapa tahun Polis Evo 2 ditayangkan, kami juga teruja untuk mempersembahkan Polis Evo 3 dengan pengarah baharu dan rakan pelakon lain.”

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Bagi Zizan pula, Polis Evo 3 adalah sebuah lagi filem aksi yang tidak boleh dilepaskan kerana perjalanan dalam naskhah ketiga ini akan membongkar lebih banyak isu yang tidak pernah dipaparkan sebelum ini.

Terjadi banyak ‘perang emosi’ dan aksi yang membuatkan jantung penonton tidak akan berhenti berdetak kencang.

“Harapan saya besar terhadap filem ini dan saya pertaruhkan jiwa serta raga dalam Polis Evo 3. Saya yakin Polis Evo 3 akan menaikkan taraf industri perfileman kita,” katanya.

Bersama Inspektor Khai dan Inspektor Sani, Polis Evo 3 dikuatkan dengan kehadiran nama hebat lainnya seperti Sharnaaz Ahmadm Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han menzahirkan rasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan syarikat penerbit perfileman gergasi Malaysia, Astro Shaw dan SKOP Productions menerusi francais filem blockbuster Polis Evo.

“Melihat kepada sambutan francais Polis Evo sebelum ini. TGV yakin Polis Evo 3 mampu mengulangi dan mencipta kejayaan tersendiri.

“Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab kami dalam menyokong industri perfileman tempatan,” ujar Tan Lay.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Polis EVO 3 merupakan filem aksi Malaysia dengan arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions.

Ia merupakan kesinambungan daripada Polis EVO 2 (2018) dan filem ketiga dalam trilogi Polis EVO, filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Polis Evo 3 yang antaranya turut menampilkan Michael Ang, Wanna Ali, Fauziah Gous, Ezzaty Abdullah dan Radin ERA dijadualkan tayang pada 25 Mei 2023.