Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya sebelum menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India

“Anggota-anggota kami mengesan sebuah beg berisi ular yang disembunyikan di dalam seluar seorang penumpang ketika melakukan pemeriksaan bagasi Jumaat lalu,” kata Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) dalam satu kenyataan.

Mereka kemudian menghubungi Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan serta polis tempatan untuk membantu.

Dua ekor ular itu kemudian diserahkan kepada Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.

Tidak diketahui sama ada reptilia itu merupakan haiwan peliharaan suspek dan punca haiwan itu dibawa ke dalam pesawat.

“Lelaki itu cuba menaiki penerbangan antarabangsa”, kata seorang jurucakap TSA.

Tidak jelas sama ada suspek akan berdepan pertuduhan di mahkamah atau sebaliknya. – AGENSI

BERITA TRENDING: ‘Kantoi’ Lekatkan 68 Buah iPhone Untuk Seludup Masuk Ke China