Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa tempatan di Pelabuhan Qingmao, China selepas cuba menyeludup sebanyak 68 buah iPhone masuk ke negara tersebut.

Lelaki tersebut telah dikesan kelihatan sangat mencurigakan selepas dilihat berjalan dengan gaya yang aneh.

Rupa-rupanya dia terpaksa berjalan dengan gaya yang aneh kerana kesemua 68 telefon tersebut telah dilekatkan pada beberapa bahagian badan.

Dia kemudian ditahan pada bahagian pengesanan cukai selepas mengisytihar dirinya tidak membawa barang dan menggunakan lorong Nothing to Declare.

Selepas diperiksa, dia telah melekatkan 68 buah iPhone pada bahagian perut, pinggang serta kedua-dua kakinya, seperti dilaporkan TechSpot.

Kejadian tersebut berlaku pada 13 Julai lalu.

Ini bukan merupakan kejadian penyeludupan pertama terbanyak membabitkan iPhone yang terjadi.

Pada tahun 2017, seorang perempuan telah mencuba menyeludup sebanyak 102 iPhone dan 15 utas jam tangan mewah melalui pelabuhan Shenzhen Louhu.

BACA: Lelaki Ditahan Seludup Bahagian Pistol Dalam Balang Jem​