,
Hiburan

Polis Sahkan Rakan Baik Sulli, Goo Hara Ditemui Mati Di Rumah

Mya Amri
24/11/2019
23:03 MYT
Pelakon dan bekas anggota kumpulan K-Pop KARA, Goo Hara ditemui mati di rumahnya petang Ahad.
Mayat Hara ditemui oleh kenalannya dikediaman yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul, Korea sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan.
Berita kematiannya itu juga disahkan oleh pihak polis menerusi satu kenyataan.
“Kami menerima laporan pada 24 November, jam 6:30 petang berkenaan dengan kes kematian. Buat masa ini kami sedang menyiasat punca kematian tersebut,” - Jabatan Polis Gangnam.
Baca: Bilik Dipenuhi Asap & Cubaan Bunuh Diri, Goo Hara Sempat Diselamatkan Pengurus
Terdahulu, Hara pernah mengejutkan industri hiburan Korea selepas membuat percubaan membunuh diri pada Mei lalu.
Bagaimanapun sempat diselamatkan oleh tindakan pantas pengurusnya yang berjaya menemui Hara dalam sebuah bilik dipenuhi dengan asap dan terus menghubungi talian kecemasan.
Goo Hara sebelum ini mempunyai masalah dengan bekas teman lelaki sehingga memberikan kesan kepada dirinya sejak tahun lalu.
Hara dan teman lelakinya juga pernah bertengkar dan memukul antara satu sama lain sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan yang agak teruk.
Sumber: Koreaboo, Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bintang Marvel, Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kecelakaan Bermain Ski

gempak
20/01/2022
01:21 MYT
Dia meninggal di hospital
terkini

Bintang Snowdrop Kim Mi Soo Meninggal Dunia

gempak
05/01/2022
08:28 MYT
Punca kematian masih belum diketahui
Laman Utama

Sempat Ditidurkan, Carlos Marin Il Divo Meninggal Dunia

gempak
20/12/2021
06:20 MYT
Punca kematian tidak didedahkan
Laman Utama

Buka Instagram, V BTS Pecah Dua Rekod Dunia

gempak
15/12/2021
12:50 MYT
Akaun Instagram peribadinya dibuka pada 6 Disember lalu
Laman Utama

Viral Kerana Saman Kekasih Yang Menyebabkannya Lumpuh, Instafamous Laura Anna Meninggal Dunia

gempak
15/12/2021
07:15 MYT
Mereka mengalami kemalangan jalan raya pada Disember 2019