Laman Utama
Polis Siasat Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz
Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32 ,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berhubung prosedur operasi standard (SOP).
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.
"Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Sabtu, Neelofa, 32, dan PU Riz, 26, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Majlis yang terdiri daripada 200 tetamu itu dihadiri teman-teman rapat selebriti dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video