Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Polis Silap, Justin Timberlake Tak Mabuk Sewaktu Memandu

Maliah Surip
27/07/2024 23:49 MYT
Justin Timberlake tidak mabuk sewaktu memandu. Begitu dakwaan pihak peguam bintang pop Hollywood itu yang turut mendakwa polis telah tersilap kerana menahan anak guamnya yang kemudian dituduh mabuk sewaktu memandu.

Pembelaan tersebut dinyatakan peguam Timberlake, Edward Burke sewaktu pendengaran pertama kes yang berlangsung di Mahkamah Keadilan Sag Harbor Village.

“Perkara penting yang perlu diketahui adalah faktanya Justin Timberlake tidak mabuk semasa memandu. Dia tidak sepatutnya ditahan oleh pihak berkuasa,” kata Burke seperti dilaporkan BBC.

BERITA TRENDING: Didakwa Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Justin Timberlake Ditahan Polis

Burke juga mendakwa pihak berkuasa tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Namun demi menghormati undang-undang, pihak Timberlake memberi kerjasama dengan sebaik mungkin.

“Namun ditegaskan sekali lagi Timberlake tidak mabuk. Polis melakukan kesalahan dengan menahan dia.

“Kami yakin kes ini akan digugurkan,” tambahnya lagi.

Timberlake, 43, tidak hadir ke mahkamah pada sesi pendengaran kes tersebut.

Jun lalu, Timberlake ditahan di New York selepas didakwa memandu dalam keadaan mabuk di New York, Amerika Syarikat

Timberlake berada di Sag Harbor, berdekatan Hamptons, Rhode Island ketika ditahab pada jam 5.37 pagi (waktu tempatan) selepas dipercayai melanggar tanda berhenti dan gagal untuk memandu di sebelah kanan jalan raya.

Ketika ditahan oleh seorang anggota berkuasa, Timberlake dilaporkan tidak dapat memberikan fokus, gagal bertutur dengan jelas dan nafasnya berbau alkohol.

Suami kepada pelakon Jessica Biel itu juga dilaporkan enggan melakukan ujian nafas.

Timberlake mementaskan dua konsert di Chicago dan dijadualkan untuk membuat persembahan di New York untuk mempromosikan album terbaharunya, "Everything I Thought It Was."

BERITA TRENDING: Justin Timberlake Santai Petik Gitar Lepas Britney Gugurkan Anak

BERITA TRENDING: ​Sayang Justin Timberlake, Britney Spears Sanggup Gugurkan Anak

BERITA TRENDING: ​Isteri Justin Timberlake Takut Anak Lelaki Membesar Jadi Dewasa

#Penyanyi #Viral #Hollywood #Justin Timberlake #Polis #Mabuk #Memandu