Hiburan

Didakwa Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Justin Timberlake Ditahan Polis

gempak
Gempak
18/06/2024
15:03 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Justin Timberlake Ditahan Polis
Penyanyi dan pelakon Justin Timberlake ditahan selepas memandu dalam keadaan mabuk (DUI) di New York, AS, pada Isnin.
Polis Sag Harbour berkata Justin telah ditangkap pada malam Isnin di Long Island, di luar Pantai Timur AS.
CBS News turut melaporkan, lelaki berusia 43 tahun itu berdepan dengan tuduhan pada Selasa.
Sementara itu, keadaan semasa penyanyi lagi Mirror itu masih belum didedahkan.
Justin Timberlake dijadualkan bakal mengadakan jelajah global bulan ini untuk melancarkan album keenamnya berjudul 'Everything I Thought It Was'.
Menurut ABC News, hujung minggu ini dia mengadakan dua konsert di Chicago dan dua lagi pertunjukan di New York City pada minggu depan.
Sumber - People Magazine
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live