,
Laman Utama

Potong Alat Sulit Suami, Terus Campak Buang! Isteri ‘Naik Hantu’ Bila Dapat Tahu…

Hanafis Haris
24/03/2022
11:39 MYT

Malang buat seorang lelaki apabila isterinya bertindak memotong alat kelaminnya dalam satu insiden di sebuah rumah.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Son La, Vietnam apabila wanita tersebut mendakwa lelaki berkenaan melakukan gangguan seksual.

Tambah mengejutkan gangguan itu dibuat terhadap anak tirinya yang baru berusia 15 tahun.

Menerusi laporan Kompas.com, tindakan terkutuk lelaki berkenaan terdedah apabila wanita tersebut memasang CCTV di bilik tidur anaknya.

Menurut wanita itu, suaminya dikatakan telah berulang kali melakukan gangguan seksual sekitar 20 Mac lalu.

Susulan itu, wanita tersebut mengambil tindakan drastik apabila memotong kemaluan suaminya lalu membuang alat sulit berkenaan.

Pun begitu, dia kemudian tampil menyerah diri kepada pihak polis selepas melakukan tindakan ‘luar biasa’ itu.

Wanita tersebut kemudian ditahan untuk siasatan lanjut manakala suaminya pula telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber : Kompas.com

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Tiga Warga Vietnam Dipenjara Tergamak Jual Daging Kucing & Anjing

gempak
30/09/2024
07:25 MYT
Tiga warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara 17 bulan dua minggu kerana menghidang daging anjing serta kucing dan mengendalikan restoran tanpa lesen di Hong Kong, lapor portal berita VN Express semalam.
Berita

Buang trauma, Cut Intan Bawa Anak Ubati Mental

gempak
22/08/2024
10:06 MYT
Masih trauma dan mengalami lebam dipukul suami, pempengaruh Intan Cut Nabila kini fokus terhadap emosi dan mental dua anaknya yang sedang membesar.
Sukan

"Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali

gempak
08/06/2024
09:30 MYT
Sensasi muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar melaungkan amaran akan bangkit lebih kuat selepas tewas kepada juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Sabtu.
Sukan

Jojo Ghazali Tewas Di One Championship

gempak
08/06/2024
04:18 MYT
Sensasi muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar gagal melebarkan rekod kemenangannya di One Championship kepada 6-0 selepas tewas bermaruah kepada juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand sebentar tadi.
Unitar