Seorang guru dari Jepun, Hirotaka Hamasaki menjadi viral selepas dia melukis potret kumpulan popular BTS di papan hitam sekolah.

Potret itu kemudian dimuat naik di akaun Twitter dan disukai banyak orang sehingga menjadi viral.

Hirotaka yang juga merupakan seorang pereka grafik melukis potret tersebut hanya menggunakan kapur.

Kehebatannya melukis potret tersebut mendapat pujian ramai. Malah banyak yang menggatakan karya miliknya itu terlihat sangat 'hidup' dan sempurna.

Ada juga netizen yang meminta lelaki itu menjadi guru di sekolah mereka.

Menurut Hirotaka, dia mendapat idea melukis potret BTS muncul selepas salah seorang daripada pelajarnya meminta dia berbuat demikian.

Sebelum ini, Hirotaka diketahui sering melukis dan menghasilkan karya yang menakjubkan dan dikongsikan dalam platform media sosialnya.

Dia juga pernah mendapat perhatian sebelum ini sewaktu melukis poster filem Jepun,
Your Name.