Prof Muhaya Buat Warganet Marah Lagi, Kali Ini Sentuh Isu Wanita Bekerjaya - "Orang Ada Akademik Tinggi Dapat Apa Masa PKP?"
Zulaikha Yusof
16/06/2021 02:52 MYT
16/06/2021 02:52 MYT
Selepas tular video mengenai wanita yang perlu bersifat 'bodoh-bodoh' dalam mencari jodoh, pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya sekali lagi menjadi perhatian warganet.
BACA: "Orang Lelaki Suka Perempuan Lembut-Lembut, Biar Macam Bodoh-Bodoh Sikit - Prof Muhaya
BACA: Isu Buat 'Bodoh-Bodoh', Prof Muhaya Mohon Maaf Secara Terbuka
Menerusi rakaman tersebut, Dr Muhaya kelihatan seolah merendahkan martabat wanita yang bekerjaya.
"Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I'm a career woman, Allah.. sudahlah.
"Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry.
"Wanita solehah nilai dia labih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.
"Bonda nak tanyalah sekarang ini, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni? You tell me.
"Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD... apa manfaat pada orang?" katanya.
Difahamkan, rakaman berdurasi 45 minit itu merupakan sebahagian daripada video asal yang dimuat naik di Youtube menerusi akaun Prof Muhaya TV.
Hasil tinjauan di laman Twitter, rata-rata netizen tidak berpuas hati serta marah selepas mendengar kenyataan tersebut memandangkan Dr Muhaya bukan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.
"Tapi Bonda Prof kot & Bonda pun belajar sampai PhD.. Salah ke kalau kita, perempuan, nak belajar tinggi tinggi dan ada karier? Untuk diri sendiri pun tak boleh ke? Sedihnya.
"Sesak dada dengar. Dia sendiri seorang doktor, seorang wanita bekerjaya.
"Salah ke perempuan nak bangga dengan pencapaian diri? Bukan nak lawan lelaki pun," antara komen-komen ditulis.