Pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad meluahkan rasa terharu apabila menerima jambangan bunga beserta kata-kata semangat daripada aktres terkenal Nur Fazura.

Menerusi laman sosial Instagram, Prof Muhaya berkongsi sebuah video menerima jambangan bunga tersebut untuk tatapan umum.

“Masya-Allah hadiah istimewa dari sayang bonda @missfazura. Suka kata-kata Faz. You all suka tak?” tulis Prof Muhaya di ruangan kapsyen.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, Fazura memberikan kata-kata semangat buat Prof Muhaya berikutan kecaman yang diterima selepas memuat naik video Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh di Instagramnya.

“Orang yang diuji ialah orang yang terpuji. You have been blooming with so much love, compassion and positivity - and yet you’re about to bloom more beautifully. Love you bonda Faz,” tulis Fazura di kad ucapan.

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji tindakan Fazura dalam memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Prof Muhaya sewaktu berdepan kecaman masyarakat.

“Masya-Allah, kita pula yang menitik airmata baca kata-katanya. Full of love, unconditional love,” komen seorang wargamaya.

“Love bonda dan love Fazura,” kata seorang wargamaya.

“Faz sentiasa dikelilingi cinta. Maka ayat-ayat yang lahir pun penuh cinta,” puji seorang wargamaya.

“Sangat adore dengan Prof dan Fazura. Stay blessed,” tulis seorang wargamaya.

“So thoughtful kak Faz, always love bonda,” ujar seorang wargamaya.

“Suka, meaningful sangat ayat. Syukur punya hati yang baik macam Faz,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 200,000 tontonan daripada pengikutnya.

Minggu lalu, Prof Muhaya menjadi bualan hangat di laman sosial apabila menyatakan wanita harus menjadi ‘bodoh-bodoh’ untuk mendapat jodoh.

Susulan daripada itu, Prof Muhaya telah tampil memohon secara terbuka kepada semua yang telah terkesan daripada video terbabit.