Laman Utama

Professor Menemui Ebola Beri Amaran...Ada Kemungkinan Virus Baru Menyerang Selepas COVID-19

gempak
Asraf Aided
04/01/2021
14:45 MYT
Sponsor Banner
Professor Menemui Ebola Beri Amaran...Ada Kemungkinan Virus Baru Menyerang Selepas COVID-19
Seorang professor yang terlibat dalam proses penemuan virus Ebola pada tahun 1976, Jean-Jacques Muyembe Tamfum mengatakan manusia mungkin berhadapan virus yang menyebabkan kematian selepas COVID-19.
Memetik laporan Dail Mail, Jean-Jacques berkata, terdapat potensi virus baru dari hutan hujan Afrika untuk menular.
"Kita sekarang hidup di dunia di mana pathogen baru akan keluar, dan itu akan mengancam kehidupan manusia," katanya.
Professor itu juga mengatakan pandemik akan datang boleh menjadi lebih teruk daripada wabak COVID-19.
Selain itu, Jean-Jacques juga memberi amaran tentang kemungkinan penyakit dari binatang akan bertambah pada masa akan datang.
Para pengkaji juga mengatakan, jumlah peningkatan virus sebegitu adalah disebabkan oleh kemusnahan habitat haiwan.
Apabila habitat musnah, haiwan yang lebih kecil seperti tikus, kelawar dan serangga mampu meneruskan kehidupan sementara haiwan yang lebih besar terhapus.
Sumber & Kredit Foto : dailymail.co.uk
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live